Maiamalina Mohamed Amin dan Amir Abd Hamid


PERSIDANGAN Dewan Rakyat, hari ini, kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan usul pengosongan kerusi Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang dibawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Masa 10 minit diberikan Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Mohd Rashid Hasnon untuk membahaskan usul itu habis begitu sahaja berikutan pertikaian Ahli Parlimen.

Muhyiddin membawa usul Yang di-Pertua Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya atas alasan terdapat pencalonan lain bagi jawatan itu.

MOHAMAD Ariff. FOTO Arkib NSTP
MOHAMAD Ariff. FOTO Arkib NSTP

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan usul itu yang meminta perbahasan dibuat sewajarnya kerana ia soal penting dan mencadangkan supaya Mohd Rashid tidak menghalang Ahli Parlimen berbahas.

Sebelum itu, Mohd Rashid membenarkan kedua-dua pihak (pembangkang dan kerajaan) berbahas selama 10 minit.

"Pertama kali dalam sejarah negara (perkara ini berlaku). Jawab dulu sebelum saya bahas," katanya.

Berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2020 @ 12:24 PM