TIMBALAN Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) Negeri Kelantan, Sukri Omar (kiri) melakukan gimik Pelancaran Jom Ronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) Bersama Pemimpin dan Media Peringkat Daerah di Kompleks Perpaduan Tumpat. Foto STR/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Siti Rohana Idris

ANGGOTA Skim Rondaan Sukarela (SRS) ditugaskan membuat rondaan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bagi memastikan markas parti politik tidak diganggu dan bendera parti tidak dicabut.

Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kelantan, Sukri Omar berkata, ada beberapa aduan sepanjang seminggu tempoh berkempen, termasuk bendera parti dicabut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Ada beberapa laporan yang dibuat terhadap kes sebegitu dan kita menyerahkan kepada polis untuk membuat tindakan lanjut.

“Sudah menjadi tugasan anggota SRS untuk membuat rondaan di setiap lokasi yang ditugaskan, malah tugasan mereka sedikit bertambah menjelang PRU-14,” katanya selepas pelancaran Jom Ronda SRS bersama pemimpin dan media peringkat daerah di Tumpat, hari ini.

Dalam pelancaran itu, seramai 500 anggota SRS yang mewakili empat Dewan Undangan Negeri (DUN) menyertai rondaan yang turut disertai anggota polis.

Sukri berkata, Tumpat adalah daerah kedua selepas Pasir Mas yang sudah melancarkan program itu pada 1 Mei lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Mei 2018 @ 1:59 PM