KAWASAN Rukun Tetangga (KRT) untuk menggerakkan rondaan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Zon Hijau bermula 20 Jun 2020.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setiap pasukan rondaan SRS tidak boleh melebihi 5 orang.

"Semua anggota SRS diwajibkan untuk mendaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk membolehkan penilaian kesihatan kendiri.

"Jika didapati tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan, Kementerian Perpaduan Negara akan menarik balik kebenaran rondaan serta merta," katanya ketika sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Katanya, kebenaran ini melibatkan 1,079 SRS di seluruh negara dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan menyediakan peralatan seperti topeng muka, vest dan lampu picit untuk anggota rondaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2020 @ 5:30 PM