Mohamed Khaled (enam kanan) bersama Jebasingam (lima kanan) meraikan pelajar cemerlang yang menerima Sijil Juara. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Mohamed Khaled (enam kanan) bersama Jebasingam (lima kanan) meraikan pelajar cemerlang yang menerima Sijil Juara. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Mohd Fahmi Mohd Yusof

“PAN (Parti Amanah Negara) ini tidak akan ke mana jika asyik menyerang peribadi,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

menasihatkan pemimpin parti pembangkang untuk membawa isu yang boleh mengubah nasib rakyat, bukan memburukkan individu tertentu.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata tindakan mereka memburukkan individu setiap kali ceramah menyebabkan pembangkang tidak akan ke mana.

“Saya ingat dia (Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub) tidak akan ke mana kalau buat begitu. Dia patut beritahu rakyat, inilah masa dia mempromosi parti dia, bagaimana dia nak ubah nasib rakyat Johor, bagaimana dia lebih baik dari kerajaan yang ada pada hari ini.

“Dia buat begitu dia tidak akan ke mana. Itu sebabnya dia selalu kalah. Jadi, sebagai kawan saya nasihat pada dia cubalah bila jumpa rakyat, bawa benda yang boleh ubah nasib rakyat,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Inisiatif Pembangunan Daerah Mersing di Tanjung Penyabong di Mersing, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Seri Jebasingam Issace John, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani dan penyandang Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Mohamed Khaled berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Salahuddin yang mengkritik penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas itu dalam ceramah di Bandar Baru Uda, Johor Bahru malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled menafikan Manifesto BN Johor diumumkan Sabtu lalu meniru inisiatif kerajaan Selangor, sebaliknya berpandukan pada tiga teras utama yang merangkumi keperluan rakyat negeri itu.

“Pertama ia untuk memenuhi kesejahteraan semua rakyat di Johor, kedua menjadikan Johor kuasa ekonomi baharu negara dan ketiga bersaing dengan yang lain termasuk Singapura. Itu tiru Selangor ke?” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 April 2018 @ 7:25 PM