Keadaan rumah penduduk selepas dinaiki air berikutan hujan lebat sejak petang semalam. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap.
Keadaan rumah penduduk selepas dinaiki air berikutan hujan lebat sejak petang semalam. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap.
Abnor Hamizam Abd Manap


EMPAT puluh tiga orang daripada 10 keluarga di Kampung Peradong dan Geylang, Jelebu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air berikutan hujan lebat sejak petang semalam.

Mereka membabitkan tujuh mangsa daripada sebuah keluarga yang dipindahkan ke Balai Raya Kampung Peradong manakala 36 orang lagi dipindahkan ke dewan orang ramai Kampung Geylang.

Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, mangsa dipindahkan bermula 1.30 pagi hari ini melalui kerjasama bomba dan penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.

Katanya, ketika ini keadaan banjir masih dipantau dan mangsa hanya dibenarkan pulang jika keadaan selamat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Disember 2017 @ 12:35 PM