Ahmad Zahid bersama peserta  Karnival Sukan Prasekolah Bagan Datuk, semalam.
Ahmad Zahid bersama peserta Karnival Sukan Prasekolah Bagan Datuk, semalam.
HM Digital

Bagan Datuk: Kerajaan merangka mekanisme bagi mengubah sistem pendidikan tadika dan prasekolah termasuk menyelaras kurikulum dan sukatan selain skim gaji minimum guru tadika serta prasekolah.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau yang mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Sosial Negara Jumaat lalu membincangkan mengenai kaedah menyelaraskan sistem pendidikan awal persekolahan membabitkan tadika dan prasekolah yang dikendalikan kementerian berkaitan serta pihak swasta.

Katanya, penyelarasan itu memberikan penghasilan pembentukan sahsiah kepada murid sebelum menduduki sekolah kebangsaan.

“Guru prasekolah lazimnya terdiri daripada lepasan sekolah yang tiada latar belakang kaedah kemahiran pedagogi pendidikan pelajaran.

“Kementerian Pendidikan menentukan mereka diwajibkan ikuti kursus jangka pendek tiga bulan sebelum mengajar di institusi prasekolah. Gaji minimum guru prasekolah juga dipiawaikan mengikut standard gaji minimum dan ditentukan kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 November 2017 @ 6:00 AM