GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Nursyahirah Marzuki


DARUL Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempelawa mana-mana calon yang berkelayakan untuk mengikuti Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-IIUM sesi 2018/2019.

Darul Quran dalam satu kenyataan berkata, pelajar yang sudah menamatkan pengajian serta berjaya memenuhi syarat yang ditetapkan akan mengikuti pengajian di bidang profesional di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

"Ibu bapa atau pelajar boleh mengisi borang permohonan secara dalam talian di laman Web Darul Quran di http://www.darulquran.gov.my bermula 15 September hingga 10 Oktober ini.

"Pemohon juga boleh menyemak keputusan permohonan di laman Web sama pada 17 Oktober dan pelajar yang layak sahaja akan dipanggil temuduga," katanya hari ini.

Menurutnya, borang permohonan perlu dilengkapkan dan dicetak serta dibawa semasa sesi temuduga.

"Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi Unit Kemasukan Darul Quran JAKIM di talian 03-60635323/ 5349/ 5351/ 5374," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Ogos 2017 @ 12:17 PM