ZULKIFLI menyerahkan bantuan keperluan makanan asas kepada pelarian Syria. FOTO Amir Abd Hamid
ZULKIFLI menyerahkan bantuan keperluan makanan asas kepada pelarian Syria. FOTO Amir Abd Hamid
ANTARA sekolah untuk pendidikan kepada pelarian Syria di Reyhanli yang diuruskan Muslim Care. FOTO Amir Abd Hamid
ANTARA sekolah untuk pendidikan kepada pelarian Syria di Reyhanli yang diuruskan Muslim Care. FOTO Amir Abd Hamid
Zulkifli (kiri) menyerahkan bantuan keperluan makanan asas kepada pelarian Syria yang tinggal di khemah pinggir bandar Reyhanli. FOTO Amir Abd Hamid
Zulkifli (kiri) menyerahkan bantuan keperluan makanan asas kepada pelarian Syria yang tinggal di khemah pinggir bandar Reyhanli. FOTO Amir Abd Hamid
Amir Abd Hamid


SUMBANGAN rakyat Malaysia bernilai RM350,000 sudah disalurkan menerusi Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) kepada pelarian Syria untuk misi bantuan Ramadan di Reyhanli sempadan Turki-Syria.

Presiden Muslim Care Zulkifli Wahijan berkata, jumlah yang disalurkan itu termasuk untuk manfaat pendidikan 1,840 pelajar pelarian Syria.

Menurutnya, 1,840 pelajar rendah dan menengah itu belajar di empat sekolah kendalian Muslim Care di Reyhanli, Turki dan dua sekolah di Syria iaitu di Idlib dan Ariha.

"Muslim Care mempunyai empat sekolah di Reyhanli iaitu Sekolah El-Hayat (170 pelajar), Sekolah An-Najah (150 pelajar), Sekolah Rendah Mustafa Kamal (320 pelajar) dan Sekolah Menengah Muslim Care (750 pelajar).

"Di dalam Syria pula masing-masing satu sekolah rendah di Idlib (300 pelajar) dan Ariha (150 pelajar).

"Namun, agak menyedihkan dua sekolah di Turki iaitu Sekolah El-Hayat dan Sekolah An-Najah mungkin terpaksa ditutup akibat kekangan kewangan," katanya ketika ditemui Harian Metro di Reyhanli, hari ini.

Selain bantuan pendidikan untuk anak pelarian Syria, Zulkifli berkata pihaknya turut mengagihkan bantuan keperluan asas makanan mengikut kemampuan kepada pelarian Syria yang tinggal di khemah sekitar sempadan Turki-Syria.

Kepada yang ingin menyumbang boleh salurkan sumbangan di akaun MUSLIM CARE MALAYSIA 5644 9041 3882 (Maybank),140 140 1014 7470 (Bank Islam) atau 140 1000 7654 717 (Bank Muamalat).

Mohon maklumkan sumbangan anda menerusi WhatsApp di talian 012-6935938 (Haji Zakaria), 016-9978323 (Haji Johari) atau 017-9235463 (Hafiz).

Kutipan dana untuk Syria anjuran Muslim Care Malaysia akan terus dilakukan selagi krisis di Syria tidak selesai.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Mei 2017 @ 3:59 PM