Nurul Hidayah Bahaudin


KANAK-KANAK perempuan warga Sudan berusia empat tahun, terbunuh selepas terjatuh dari balkoni rumah kelurganya di tingkat 14 Kondominium Juta Mines, Kajang, kira-kira jam 11 malam, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nayan berkata, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

"Berdasarkan keterangan ibu mangsa, kanak-kanak itu ditinggalkan bersendirian ketika sedang tidur sewaktu wanita itu menjemput dua lagi anaknya di tingkat bawah kondominium berkenaan.

"Kanak-kanak itu dipercayai bangun daripada tidur dan menyedari ibunya tiada di rumah, mengambil kerusi untuk meninjau di balkoni sebelum terjatuh," katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Mei 2017 @ 8:24 PM