LORI membawa muatan tempurung kelapa terbalik dan menghalang laluan.
LORI membawa muatan tempurung kelapa terbalik dan menghalang laluan.
Mohd Rizal Abdullah


Bintulu: Seorang pemandu lori selamat walaupun kenderaan membawa muatan tempurung kelapa sawit dipandunya hilang kawalan sebelum terbalik di Kilometer 8, dekat Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Miri di sini, jam 5 petang kelmarin.

Mangsa, Awin Guang, 53, dalam perjalanan dari Sebubu menuju ke Tanjung Kidorong sebelum kemalangan berlaku.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Deputi Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan menyebabkan muatan lori dianggarkan seberat satu tan itu bertaburan di atas jalan.

“Kejadian juga menyebabkan jalan raya sesak lebih sejam kerana lori itu menutup kedua-dua jalan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Oktober 2016 @ 5:18 AM