BAS ekspress yang terbakar dalam kejadian petang tadi. FOTO ihsan Bomba
BAS ekspress yang terbakar dalam kejadian petang tadi. FOTO ihsan Bomba
Mohd Rizal Abdullah


Bintulu: Bas ekspres membawa 27 penumpang terbakar di Jalan Bintulu-Miri berdekatan Rumah Panjang Sampang di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 3 petang itu, bas berkenaan yang dalam perjalanan dari Bintulu ke Miri terbakar 80 peratus.

Bagaimanapun, semua penumpang termasuk pemandu bas sempat menyelamatkan diri.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Hashim Norshidi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.13 petang berhubung kejadian itu.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dikerahkan ke lokasi dan memadam kebakaran 20 minit kemudian.

"Semua penumpang sempat menyelamatkan diri sebelum bas berkenaan terbakar sepenuhnya. Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan ke Miri menggunakan bas daripada syarikat sama," katanya.

Katanya, setakat ini punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mei 2016 @ 9:02 PM