ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit pada kerusi duduk pemandu. FOTO Erika George.
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit pada kerusi duduk pemandu. FOTO Erika George.
Erika George


Bintulu: Seorang lelaki maut selepas lori tangki minyak yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas sebelum terbalik di tepi Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Miri awal pagi tadi.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 5 Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad, mangsa Mohd Azrin Sapri 32, dari Kampung Subak Bekenu disahkan maut di lokasi kejadian.

Lori tangki berkenaan dikatakan sarat dengan muatan 27, 000 liter minyak petrol dan diesel.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan pada jam 6.10 pagi," katanya.

Menurutnya, pihaknya mendapati seorang lelaki tersepit dan mengeluarkan mayat mangsa dari bahagian kerusi duduk pemandu dengan menggunakan peralatan khas dan khidmat sebuah kren.

"Kita mengambil masa hampir tiga jam bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dan selesai pada jam 9.20 pagi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Ogos 2023 @ 2:54 PM