Rumah Panjang Lau Janting dihuni 100 penduduk musnah terbakar awal pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Rumah Panjang Lau Janting dihuni 100 penduduk musnah terbakar awal pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Mohd Rizal Abdullah


Bintulu: Rumah panjang 18 pintu musnah dalam kebakaran di Batu 20, Jalan Bintulu-Miri di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, Rumah Panjang Lau Janting yang dihuni 100 penduduk musnah sepenuhnya dan semua penghuni selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Dihata Gobel berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.34 pagi berhubung kejadian itu.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu kemudiannya dikerahkan ke lokasi.

"Kebakaran berjaya dikawal pada 3.18 pagi dan dipadam sepenuhnya pada 5.50 pagi," katanya.

Katanya, setakat ini punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mei 2016 @ 10:00 AM