LORI muatan 3 tan yang ditahan PPMW5 Bintulu di Batu 33, Jalan Bintulu-Miri kerana kerana membawa 44 batang kayu begergaji tanpa cop JHS. FOTO Erika George
LORI muatan 3 tan yang ditahan PPMW5 Bintulu di Batu 33, Jalan Bintulu-Miri kerana kerana membawa 44 batang kayu begergaji tanpa cop JHS. FOTO Erika George
Erika George


Bintulu: Sebanyak 44 batang kayu bergergaji bernilai RM11,000 dirampas anggota Unit Risikan Marin (URM), Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Bintulu di Batu 33, Jalan Bintulu-Miri dekat sini, petang semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPMW5 Bintulu Asisten Superintendan Ezuandi Bahadin berkata, terdahulu, pada Op Landai Covid-19 itu, anggota URM mendapati sebuah lori berada dalam keadaan mencurigakan sebelum menahannya untuk pemeriksaan.

"Pemeriksaan menemui kayu bergergaji pelbagai saiz terbabit.

"Hasil semakan mendapati, kayu bergergaji jenis 'batak' itu tidak mempunyai cop Jabatan Hutan Sarawak (JHS)," katanya hari ini.

Menurut beliau, pihaknya turut menahan pemandu lori yang juga lelaki tempatan berusia 50 tahun bagi membantu siasatan.

Lori bernilai RM90,000 itu turut disita.

"Kes sudah diserah kepada JHS Bintulu dan akan disiasat mengikut Seksyen 95(1) Ordinan Perhutanan Sarawak 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Februari 2021 @ 2:09 PM