Makhtar   (kiri)  memakaikan jaket keselamatan pada Program Kembara Jalur Gemilang Merdeka @ Komuniti Peringkat Daerah.
Makhtar (kiri) memakaikan jaket keselamatan pada Program Kembara Jalur Gemilang Merdeka @ Komuniti Peringkat Daerah.

Kota Bharu: Sebanyak 3,000 Jalur Gemilang diedarkan kepada orang ramai sempena Program Kembara Jalur Gemilang Merdeka yang dianjurkan Jabatan Penerangan negeri dalam usaha menyemarakkan semangat Hari Kebangsaan di sekitar bandar ini.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Datuk Makhtar Mustapha berkata, program yang diadakan itu bertujuan menarik minat masyarakat terutama golongan muda untuk turut sama dalam mengibarkan Jalur Gemilang.

Katanya, program itu juga bertujuan meningkatkan penghayatan sejarah, perjuangan negara dan bagaimana negara mencapai kemerdekaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Ogos 2016 @ 5:38 AM