Salleh (tengah) diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad (dua dari kiri) beramah mesra bersama pengunjung ketika Pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa di Stadium Batu Pahat. FOTO Adi Safri
Salleh (tengah) diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad (dua dari kiri) beramah mesra bersama pengunjung ketika Pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa di Stadium Batu Pahat. FOTO Adi Safri
Mohamad Fahd Rahmat


KIRA-kira 25,000 pengunjung membanjiri padang Stadium Batu Pahat sempena Majlis Pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa 2017 oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak malam ini.

Salleh berkata, setiap tahun kerajaan mengadakan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang dan pada kali ini ia dinamakan sebagai Majlis Pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa selaras Tema Sambutan Bulan Kebangsaan yang ditetapkan pada tahun ini.

"Sehati sejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaandan kemanusiaanseluruh rakyat di negara ini,selainmelambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.

Kehadiran sehati sejiwa memerlukan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelbagai pihak untuk menyemai, memupuk dan memastikan semangat ini terus diamalkan.

"Tanggungjawab membina perwatakan sehati sejiwa sebagai salah satu nilai ‘karakter nasional’ perlu bermula dari rumah, pendidikan dan masyarakat. Ia akan melahirkan rakyat berjiwa patriotik yang cintakan negara," katanya.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor Datuk Ayub Rahmat, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 Datuk Jailani Johari.

Salleh berkata, program anjuran bersama Jabatan Penerangan Malaysia dan Kerajaan Negeri Johor itu bertujuan menyemarak sambutan kemerdekaan dan meningkatkan semangat patriotik serta cintakan negara dalam kalangan masyarakat.

Antara pengisian program adalah Larian Negaraku, Senamrobik, pameran Caring Bridge, Flash Mob, persembahan Buskers selain edaran Jalur Gemilang.

Terdahulu, Larian Negaraknu disertai seramai 2,000 peserta terdiri dalam kalangan masyarakat setempat, pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi membabitkan jarak sejauh 10 kilometer pada 7 pagi hari ini di sekitar bandar Batu Pahat.

Turut dilancarkan konvoi Kembara Merdeka Negaraku yang merangkumi 19 kenderaan dan 60 motosikal berkuasa tinggi yang membawa mesej kenegaraan dalam inisiatif untuk mengalakkan masyarakat mengibarkan Jalur Gemilang.

Pelancaran program peringkat kebangsaan itu turut diserikan dengan Konsert 83000 Batu Pahat oleh artis tanah air antaranya Akim & The Majistret, Najwa Latif, Khai Bahar, Sufian Suhaimi, Wany Hasrita, Erny Zakri, Syamel dan Irfan Aris serta pertunjukan bunga api.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Ogos 2017 @ 11:30 PM