KEE menunjukkan  pelbagai koleksi piring hitam yang dikumpul sejak 1956.
KEE menunjukkan pelbagai koleksi piring hitam yang dikumpul sejak 1956.
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

Georgetown: Biarpun legenda muzik Rock & Roll Elvis Presley sudah meninggal dunia 38 tahun lalu, irama muzik, lagu serta filem lakonannya tidak pernah dilupakan begitu saja.

Malah, minat mendalam terhadap Elvis mendorong bekas pekerja kilang Stephen Kee, 70, menyimpan pelbagai koleksi bintang popular itu sejak lebih 50 tahun lalu.

Koleksi dimilikinya termasuk buku, piring hitam, gambar, poster membabitkan cenderahati yang dibeli, dihadiah dan dikumpul sejak 1956 dan semuanya masih elok disimpan sehingga kini untuk diabadikan sebagai kenangan dan memori paling indah dalam hidupnya.

Kee, dari Sungai Nibong, di sini, berkata, segalanya bermula sejak Jun 1956 apabila dia berpeluang menonton filem pertama lakukan Elvis iaitu ‘Love Me Tender’ di panggung Cathay di Kulim, Kedah dan ketika itu filem berkenaan ditayangkan di layar hitam putih.

Katanya, bermula dari situ minat terhadap Elvis timbul kerana raut wajahnya yang tampan, bersuara merdu dan popular menyebabkan dia menyimpan keinginan untuk meniru lagenda yang lahir pada 8 Januari 1935 itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 5:23 AM