FOTO fail menunjukkan Tom Hanks dan isterinya, Rita Wilson. FOTO Reuters
FOTO fail menunjukkan Tom Hanks dan isterinya, Rita Wilson. FOTO Reuters
AFP

LOS ANGELES: Pelakon Tom Hanks dan isterinya, Rita Wilson disahkan positif koronavirus baharu (Covid-19).

Hanks, 63, berkata, beliau dan isterinya demam ketika berada di Australia ketika menjalani penggambaran filem kisah hidup Elvis Presley.

“Kami menjalani ujian dan kemudian disahkan positif (Covid-19),” katanya menerusi Instagram.

Beliau dan isterinya itu kini menjalani pengasingan dan pemantauan kesihatan.

“Kami akan memberitahu sebarang perkembangan,” katanya dengan menyertakan gambar sarung tangan pembedahan di dalam tong sampah biobahaya.

Hanks adalah bintang Hollywood pertama yang mengumumkan secara terbuka dijangkiti virus itu.

Berdasarkan laporan Deadline Hollywood, filem kisah hidup Elvis itu diarahkan oleh Baz Luhrmann.

Hanks melakonkan watak pengurus Elvis, Colonel Tom Parker.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2020 @ 9:58 AM