GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP.
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP.
Mohd Amin Jalil


Seremban: Kertas cadangan firma penerokaan dasar laut Ocean Infinity untuk meneruskan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang ketika dalam

penerbangan, 8 Mac 2014 dijangka dibawa ke Kabinet pada Ogos.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke bagaimanapun berkata, pihaknya perlu menyediakan kertas cadangan terperinci terlebih dahulu sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

"Setakat ini, kita belum buat keputusan lagi (teruskan pencarian MH370. Ia perlukan masa sebab kita memerlukan kertas cadangan daripada mereka (Ocean Infinity) dulu, sebelum kita menyediakan kertas cadangan untuk dibawa kepada Kabinet.

"Kertas cadangan ini akan naik (bawa) ke Kabinet dijangka pada Ogos nanti untuk dipertimbangkan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad, Sikamat hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Datuk Dr Roslan Hussin dan Pengetua sekolah itu, Datin Ramadhawati Wahab.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan meneliti cadangan Ocean Infinity untuk meneruskan pencarian pesawat MH370 yang hilang, dengan firma itu dilaporkan bersedia untuk memulakan misi pencarian pada November tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mei 2024 @ 12:19 PM