Kuala Lumpur: Seorang penuntut kolej yang diburu polis kerana memiliki hobi merakam curi video bogel taman wanita serumah akhirnya menyerah diri selepas 11 hari bersembunyi.

Difahamkan, suspek berusia 20 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Wangsa Maju di sini, selepas melihat gambar wajahnya terpampang di dada akhbar tempatan semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohd Roy Suhaimi Shariff berkata, suspek sebelum ini melarikan diri dan bersembunyi di rumah salah seorang rakannya sejak 7 Jun lalu.

Bagaimanapun suspek menukar fikiran dan muncul menyerah diri di balai polis selepas menyedari terus menjadi buruan polis.

“Suspek kini direman empat hari bermula hari ini (semalam).

“Suspek disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 kanun yang sama,”katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2015 @ 5:14 AM