TROLI yang dicuri suspek dari sebuah pasar raya direnyukkan sebelum dijual di kedai menjual besi buruk.
TROLI yang dicuri suspek dari sebuah pasar raya direnyukkan sebelum dijual di kedai menjual besi buruk.
myMetro

Kuala Lumpur: Cari duit raya mudah dengan mencuri berpuluh troli besi milik pasar raya sebelum dijual ke kedai membeli besi buruk.

Itu jenayah dilakukan seorang lelaki yang dikesan aktif mencuri troli di kawasan parkir pasar raya pada waktu tengah malam sebelum dilarikan menggunakan van.

Suspek dikesan akan mengetuk dan merosakkan troli itu sebelum dijual ke sebuah premis menjual barangan lusuh di Brickfields di sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, aktiviti suspek disedari seorang pengawal keselamatan sebuah pasar raya di Seksyen 5, Wangsa Maju pada jam 3.15 petang Khamis lalu.

“Suspek dilihat memandu van model Toyota berwarna putih masuk ke kawasan parkir pasar raya berkenaan sebelum melarikan 10 troli.

“Susulan itu, satu laporan dibuat di Balai Wangsa Maju. Berdasarkan laporan itu, pihak polis Balai Wangsa Maju diketuai Asisten Superintendan Cleda F.Among melakukan risikan bagi mengesan van digunakan suspek,” katanya.

Beliau berkata, polis akhirnya berjaya mengesan van berkenaan jam 9.30 pagi Jumaat lalu diletakkan di kawasan parkir syarikat menjual bateri kereta di Ampang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Jun 2016 @ 8:59 AM