Norhanani Said (kiri)  bersama guru Sekolah Kebangsaan Langkawi yang lengkap berpakaian seragam sekolah disajikan segelas air sirap yang manis sebagai tanda kasih murid kepada guru.
Norhanani Said (kiri) bersama guru Sekolah Kebangsaan Langkawi yang lengkap berpakaian seragam sekolah disajikan segelas air sirap yang manis sebagai tanda kasih murid kepada guru.
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Golok, Sulaiman Daud (tengah) bersama guru lain tampil berpakaian sekolah  sempena Sambutan Hari Guru 2015.
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Golok, Sulaiman Daud (tengah) bersama guru lain tampil berpakaian sekolah sempena Sambutan Hari Guru 2015.
Sebahagian daripada  70 guru  berpakaian seragam di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang.
Sebahagian daripada 70 guru berpakaian seragam di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang.
Oleh Hamzah Osman


Langkawi: Suasana ceria dan meriah mewarnai Sambutan Hari Guru sekolah-sekolah daerah ini apabila guru-guru hadir dengan memakai pakaian seragam sekolah sebelum diraikan dengan suapan pulut kuning dan segelas air sirap, sekali gus membangkitkan pengalaman silam, semalam.

Tinjauan Harian Metro di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kedawang di sini, ketibaan lebih 70 guru yang lengkap dengan pakaian seragam menaiki bas sekolah menerima tepukan gemuruh lebih 1,000 pelajar sebaik mereka muncul di pekarangan sekolah itu.

Seorang guru, Asma Saad, 39, berkata, beliau teruja dengan acara dianjurkan pihak sekolah kerana secara tidak langsung mengembalikan nostalgia zaman persekolahan yang pernah dilaluinya, lebih 15 tahun lalu.

“Hari ini (semalam) saya melakukan kembali apa yang pernah dilakukan lebih 15 tahun lalu dengan bangun awal untuk bersiap dengan pakaian sekolah sebelum berkejar menaiki bas supaya tidak tertinggal.

“Sebagai manusia, kita mempunyai sejarah hidup yang perlu dikenang dan dengan berpakaian seragam ini, ia memberi peluang kepada saya dan rakan untuk kembali menyusuri zaman remaja,” katanya ketika ditemui, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2015 @ 8:05 AM