REKAAN belakang dengan spoiler Aero.
REKAAN belakang dengan spoiler Aero.
Lizam Ridzuan


JENAMA British, Morris Garages (MG) kini kembali ditawarkan di negara ini menerusi dua model kenderaan elektrik (EV) iaitu MG4 EV dan MG ZS EV yang dilancarkan minggu ini.

ZS EV ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang ditawarkan menerusi satu varian dengan bateri LFP 51.1 kWj yang mampu mencapai jarak perjalanan sehingga 320 kilometer (km) (WLTP) dan mampu menjana kuasa 176PS dan tork 280Nm menerusi motor elektrik hadapan dan memecut dari sifar ke 100km/j dalam tempoh

lapan saat.

Untuk pengecasan bateri dengan arus ulang-alik (AC) 7kW mengambil masa lapan jam untuk penuh dan arus terus (DC) dari 10 peratus hingga 80 peratus dalam tempoh 54 minit.

MG4 EV dengan empat varian ditawarkan iaitu Standard menawarkan kuasa 170PS dan tork 250Nm pada motor belakang dan bateri 51 kWj membolehkan ia mencapai jarak 350km (WLTP) serta sifar ke 100 km/j dalam 7.5 saat.

Untuk varian Lux pula menjana kuasa 203PS dan tork 250Nm dan bateri 64 kWj membolehkan ia mencapai jarak 435km (WLTP) dengan sifar ke 100km/j dalam tempoh 7.7 saat.

Varian Lux Extended Range dengan kuasa 245 PS dan tork 350Nm dan bateri 77kWj serta capaian jarak 520 km dan pecutan sifar ke 100km/j dalam tempoh 6.1 saat menerusi kuasa RWD motor tunggal.

Varian XPower dengan jarak 385 WLTP dengan kuasa 435 PS dan tork 600 Nm dan bateri 64kWj serta 0-100km/j dalam tempoh 3.8 saat dengan AWD dwi-motor.

MG4 EV juga didatangkan dengan rekaan lampu hadapan LED projektor, gril kemasukan udara aktif serta bahagian belakang bergaya dengan corak lampu 'cross hatch' dan spoiler Aero.

Ruang kabin dengan konsol terapung tampil gaya minimalis dan roda stereng dua jejari dengan bawah leper menjadikan ia tampil moden dan futuristik.

Ia juga dengan ruang simpanan pada konsol tengah dan pada bahagian belakang dengan ruang storan yang luas serta kerusi belakang jatuhan 60/40 bagi ciri lebih praktikal.

Untuk pengecasan dengan tanpa wayar dan USB C dan A, sistem infotainmen bersaiz 10.25 inci dengan Apple Carplay (AC) dan Android Auto (AA) serta pemandu dengan menter digital bersaiz tujuh inci.

Untuk SUV MG ZS EV dengan rekaan hadapan tanpa grill gaya futuristik sesuai untuk mobilti urban serta lampu LED bahagian hadapan dan belakang yang direka dengan baik.

Ruang kabin dengan kluster meter LCD bersaiz 12.3 inci, sistem infotainmen 10.1 inci dengan AC dan AA, pengecas tanpa wayar, penukar gear rotary, sistem pembersihan udara kabin, ruang storan 448 liter sehingga 1,187 liter jika kerusi belakang dijatuhkan.

Kerusi kulit larasan elektrik, bumbung panorama dan enam beg keselamatan antara yang ada pada model ini.

Untuk MG4 EV ia ditawarkan menerusi empat varian iaitu Standard, Lux, Lux Extended Range dan XPower dengan jarak capaian sehingga 520km yang dijual pada harga bermula RM103,999 hingga RM158,999.

MGZS EV ditawarkan pada harga RM125,999 dengan capaian jarak perjalanan sehingga 320km dan semua model menerima jaminan pengeluar selama tujuh tahun atau 150,000km dan lapan tahun atau 180,000km untuk bateri.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mac 2024 @ 7:00 AM