VARIAN Brabus.
VARIAN Brabus.
Lizam Ridzuan


MODEL smart #1 adalah kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya diedarkan secara eksklusif di negara ini oleh Pro-Net (smart Malaysia) yang juga anak syarikat kepada Proton.

Selepas tempahan dibuka menerusi aplikasi Hello smartĀ  September lalu, ia menerima lebih 500 pesanan dan dilancar secara rasmi baru-baru ini di Kuala Lumpur.

Model kenderaan utiliti sukan (SUV) crossover ini menggunakan platform Sustainable Electric Architecture (SEA) yang dibangunkan oleh Geely yang juga rakan kongsi untuk smart.

Untuk rekaan model ini menyerlahkan sentuhan gaya futuristik dengan lampu LED serta pada bahagian hadapan boleh ia boleh dinyala mengikut retak muzik.

Kebanyakan bahagian dengan bentuk melengkung menyerlahkan elemen futuristik serta pintu tanpa bingkai cermin, pembuka pintu tersembunyi dan lampu belakang LED CyberSparks.

VARIAN Premium.
VARIAN Premium.

Ia juga dipadankan dengan rim aloi 19 inci, bumbung panorama, rel bumbung dan pintu belakang automatik.

Ruang kabin dengan konsep T pada papan pemuka dengan sistem infotainmen bersaiz 12.8 inci dan pemandu dengan meter 9.2 inci serta didatangkan head-up display.

Varian Premium juga dengan sistem pengecasan tanpa wayar, sistem 13 pembesar suara Beats, kerusi balutan kulit larasan elektrik hadapan serta lampu suasana.

Menambah elemen praktikal ruang kargo dengan kapasiti 323 liter hingga 411 liter dan jika kerusi belakang dijatuhkan ia mampu menambah ruang sehingga 986 liter.

Selain itu untuk bonet ia juga menyediakan ruang simpanan seluas 115 liter.

Untuk kuasa varian Premium dengan satu motor elektrik pacuan roda belakang (RWD) menjana 272PS dan tork 343Nm serta memecut dari sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 6.7 saat.

Menerusi bateri lithium nickel manganese cobalt oxide (NMC) 66-kWh ia mampu mencapai jarak sehingga 440km (WLTP) dengan pengecas DC 150kW mencapai 10 hingga 80 peratus kuasa dalam tempoh 30 minit.

SMART #1 Pro.
SMART #1 Pro.

Untuk pengecas AC dengan pengecas dalaman 22 kW ia mampu mencapai 10 hingga 80 peratus dalam tempoh tiga jam.

Untuk varian Brabus ia dengan dua motor elektrik menjana 428PS dan tork 543Nm serta pecutan sifar ke 100km/j dalam tempoh 3.9 saat.

KABIN gaya futuristik.
KABIN gaya futuristik.

Ruang kabin sedikit berbeza berbanding Pro dan Premium seperti kemasan garisan merah pada bahagian dalaman dan tempat duduk dengan logo Brabus.

Untuk pasaran di Malaysia ia ditawarkan dalam tiga varian iaitu Brabus RM249,000, Premium (RM219,000) dan Pro (RM189,000) dengan jaminan 8 tahun atau 200,000km pada bateri dan 8 tahun atau 150,000km pada komponen.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 November 2023 @ 7:02 AM