Empat variasi RTX 3060 diperkenalkan ASUS
Empat variasi RTX 3060 diperkenalkan ASUS
Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

ASUS memperkenalkan empat variasi kad grafik daripada model Nvidia GeForce RTX 3060 yang didatangkan dengan kapasiti video memori (VRAM) 12GB.

  Variasi berkenaan terdiri daripada kelas permainan premium iaitu Republic of Gamers (ROG) Strix RTX 3060, TUF RTX 3060 dan dua versi DUAL RTX 3060.

  Untuk variasi kelas tinggi, ROG Strix GeForce RTX 3060 OC Edition menawarkan tiga kipas penyejuk arah berbeza untuk sistem penyejukan optimum.

  Selain itu, variasi ini memerlukan lapan pin punca kuasa dan penyelarasan lampu RGB boleh dibuat menerusi perisian Armoury Crate.

  Bagi meningkatkan lagi tahap penyejukan, ASUS menggunakan Super Alloy Power II dan mempunyai sistem memori 192-bit.

  Variasi ini juga mampu melancarkan permainan kelas AAA untuk resolusi optimum 1080p dengan tetapan aturan kesan grafik pada tahap tertinggi.

  Untuk model ini, tanda harga ditetapkan adalah RM2,670, variasi TUF RTX 3060 adalah RM2,460, Dual RTX 3060 O12G (RM2,150) dan variasi 12G model sama adalah RM1,990.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Februari 2021 @ 6:15 PM