DILENGKAPI tiga kipas
DILENGKAPI tiga kipas
Muhammad Saufi Hassan


LEBIH stabil untuk permainan resolusi 1440p. Bagi pengguna yang mahu menaik taraf kad grafik mereka, pertimbangan boleh dilakukan untuk siri Nvidia GeForce RTX 3060Ti yang baharu dilancarkan hujung minggu lalu.

Jenama permainan paling berprestij, ASUS menerusi segmen produk TUF memperkenalkan siri kad grafik berkenaan iaitu ASUS TUF RTX 3060Ti yang menawarkan kuasa prestasi lebih baik jika dibandingkan dengan RTX 2070 Super.

Menyentuh aspek spesifikasi kad itu, ia dilengkapi dengan talaan mod OC 1785MHz manakala untuk talaan permainan adalah 1,755MHz bersama kapasiti video memori (VRAM) 8GB.

Pemuka PCIE untuk generasi baharu Nvidia GeForce adalah 4.0 termasuk lima sokongan video iaitu dua port HDMI 2.1 dan tiga paparan DisplayPort 1.4a.

Untuk siri TUF Gaming ini, ia menawarkan kestabilan kadar bingkai sesaat (FPS) yang lebih baik terutama ketika pemain menggunakan resolusi tinggi seperti 1440p.

Siri RTX 3060Ti ini direka khusus untuk resolusi 1440p dengan kestabilan FPS dalam permainan untuk mengelak sebarang gangguan.

NVIDIA GeForce RTX 3060Ti yang baharu dilancarkan hujung minggu lalu.
NVIDIA GeForce RTX 3060Ti yang baharu dilancarkan hujung minggu lalu.

Bagi sistem penyejukan, kad ini dilengkapi tiga kipas untuk memastikan suhu berada di tahap paling optimum ketika penggunaan penuh (full load) dan prestasi jangka panjang.

Ia juga dilengkapi dengan plat belakang sebagai kemasan selain daripada membantu pengeluaran haba lebih baik dan kad ini menggunakan satu punca kuasa lapan pin.

Walaupun rekaan penyelarasan lampu untuk siri TUF Gaming RTX 3060Ti ini agak minimal, namun ia cukup berkuasa bagi resolusi 1080p serta 1440p.

Penulis melaksanakan ujian prestasi menerusi beberapa judul dan hasilnya amat mengagumkan apabila kad berkenaan nyata lebih berkuasa daripada RTX 2070 Super.

Ujian pertama menerusi Far Cry New Dawn menggunakan tetapan DirectX 11, bacaan FPS bagi kad ini adalah 124 untuk resolusi 1080p dan 114FPS bagi 1440p dan 71FPS untuk resolusi 4K.

RTX 3060Ti sesuai untuk resolusi
RTX 3060Ti sesuai untuk resolusi

Bacaan itu jelas mengatasi RTX 2070 Super termasuk kad grafik keluaran AMD iaitu RX 5700XT.

Permainan Assassin's Creed Valhalla bagi tetapan DirectX 12 pula turut menunjukkan prestasi yang sangat baik apabila merekodkan 80FPS (1080P), 66FPS (1440p) dan 44FPS (4K).

Sesuai dengan generasi baharu, ujian dilaksanakan terhadap permainan yang mempunyai kefungsian Ray Tracing dan DLSS, hasilnya kad berkenaan merekodkan 75FPS dengan kestabilan yang sangat baik untuk judul Shadow of the Tomb Raider.

Permainan Metro Exodus pula dengan dua fungsi Ray Tracing dan DLSS diletakkan pada tahap tinggi, ASUS TUF RTX 3060Ti merekodkan sekitar 50FPS dan stabil di sepanjang permainan.

Secara keseluruhannya, siri produk TUF Gaming ini sememangnya berbaloi jika pengguna mahu melakukan naik taraf terhadap desktop mereka supaya lebih stabil dalam pelbagai jenis permainan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2020 @ 6:40 AM