Muhammad Saufi Hassan


ASUS menerusi jenama segmen permainannya, Republic of Gamers (ROG) melancarkan 11 variasi laptop daripada barisan produk Zephyrus dan Strix Scar yang menggunakan pemproses Intel Core Generasi ke-10.

Bagi segmen laptop Zephyrus, ASUS memperkenalkan tujuh variasi berbeza dengan padanan spesifikasi terkini bersama model premium yang dikuasakan dengan Intel Core i9-10980HK bersama padanan memori (RAM) 16GB rekaan DDR4.

Unit pemproses grafik bagi model Zephyrus Duo 15 ini adalaah Nvidia GeForce RTX 2080 Super Max-Q bersama jumlah storan 1TB untuk M.2 NVMe SSD dan 1TB SSD dengan Raid 0.

Paparan untuk model ini berkeluasan 15.6 inci paparan Definisi Ultra (UHD) dan resolusi 3840 x 2160. Skrin berkenaan juga menggunakan teknologi Pantone serta sokongan GSYNC.

Pengguna tidak perlu bimbang dengan masalah pemanasan peranti kerana model ini menggunakan sistem penyejukan 'Liquid Metal'.

Pada masa sama, empat laptop variasi terbaharu daripada siri Strix Scar dikuasakan pemproses Intel Core i7 Generasi ke-10.

Empat variasi laptop berkenaan dikenali sebagai ASUS ROG Strix Scar 15 dan Strix Scar G17 yang masing-masing mempunyai dua variasi.

Semua laptop kelas permainan daripada barisan model Strix Scar berkenaan menggunakan pemproses Intel Core i7-10875H dan menggunakan storan M.2 NVMe 1TB SSD termasuk sistem operasi Windows 10 edisi Home.

Untuk kelas tinggi iaitu Strix Scar 15 menggunakan kod produk G523L-WAZ085T dan pembezaan keempat produk berkenaan adalah menggunakan unit pemproses grafik (GPU) bermula Nvidia GeForce GTX 1660 Ti sehingga RTX 2070.

Tanda harga bagi siri Zephyrus bermula RM6,999 hingga RM19,999 manakala Strix Scar bermula RM6,199 hingga RM7,999.

Spesifikasi Zephyrus Duo (GX550L-XSHC064R)

Pemproses: Intel Core i9-10980HK

RAM: 16GB DDR4

Storan: M.2 NVMe 1TB SSD + 1TB SSD

Kad grafik: Nvidia GeForce RTX 2080 Super Max-Q

Paparan: 15.6 inci UHD

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Ogos 2020 @ 6:29 PM