Wan Nur Ameera Meor Rozman

Adakah anda seorang yang gemar menonton filem? Selain menonton filem di pawagan berdekatan, ada juga di antara kita gemar menyaksikan filem di komputer riba dan peranti pintar.

Bagaimanapun, tontonan di peranti pintar mungkin kurang memuaskan hati kerana beberapa faktor termasuk skrin yang kecil.

Oleh itu, apa kata anda dapatkan tablet dengan ciri lebih sesuai untuk kepuasan yang lebih baik. Namun, pastikan tablet yang anda ingin beli mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Skrin yang besar

Skrin yang luas bukan saja menawarkan anda kepuasan tontonan, malah membenarkan anda menonton filem mahupun drama secara berkumpulan sama ada bersama keluarga atau teman rapat.

2. Resolusi skrin

Di samping saiz skrin, anda juga perlu mempertimbangkan resolusi skrin. Resolusi skrin yang lebih besar mampu memberikan pengalaman tontonan menakjubkan kepada anda.

3. Paparan skrin

Selain saiz dan resolusi skrin, paparan skrin juga memainkan peranan dalam menjamin keseronokan tontonan. Jadi, pastikan anda pilih tablet dengan paparan skrin terbaik.

4. Ciri audio teater

Ciri ini bagi menjamin pengalaman tontonan seakan-akan di pawagam. Contoh terbaik adalah Lenovo Tab 3.

5. Ketahanan bateri

Ketahanan bateri juga adalah antara elemen yang perlu diambil kira. Seperti Apple iPad Air 2, ia antara tablet yang mempunyai sokongan bateri terbaik.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 April 2018 @ 1:33 PM