A6600 PLUS
A6600 PLUS
K6 NOTE
K6 NOTE
K6 POWER
K6 POWER
myMetro

Lenovo semakin galak memperkenalkan barisan peranti pintarnya apabila menampilkan model baru iaitu A6600 Plus yang didatangkan bersama sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dengan ‘bloatware’ minimum yang akan memberikan pengguna lebih ruang penyimpanan dan kelajuan.

Menjalankan pemprosesan 64-bit MediaTek MT6735p quad-core 1.0 GHz dengan 2GB RAM, ia berupaya menyampaikan prestasi luar biasa dengan pengalaman tidak terjangkau.

Skrin HD 5 inci telefon pintar ini menawarkan pengalaman pengguna yang hebat dengan nisbah kontras 800: 1 untuk memastikan paparan telefon menyampaikan spektrum warna pada tahap maksimum.

8MP kamera auto fokus belakang dengan flash pula membolehkan anda merakam gambar luar biasa dengan ciri-ciri seperti pengesanan muka automatik dan pengesanan pemandangan automatik.

Telefon ini dilengkapi kapasiti storan dalaman sebanyak 16GB bagi membantu pengguna mengekalkan akses mudah ke fail muzik, filem dan permainan. A6600 Plus dikuasakan oleh bateri 2,300 mAh.

Hasil gambar, video menakjubkan

Dengan kamera utama 16MP PDAF yang dipertingkatkan bersama Suhu Warna Berkolerasi (CCT) dinamik dan dwi LED flash yang secara automatik boleh menyesuaikan dengan warna kulit untuk kelihatan lebih semula jadi, Lenovo K6 Note menjanjikan hasil gambar dan video yang menakjubkan, di samping kamera depannya 8MP.

Hadir dengan pemprosesan Octa-core 1.4 GHz Cortex-A53 dan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow, peranti ini tampil dengan 4GB RAM serta 32GB storan dalaman bagi memberikan anda lebih memori untuk menikmati pengalaman.

Melihat segalanya pada paparan skrin HD penuh 5.5 inci, peranti ini membenarkan anda untuk meningkatkan kelantangan bunyi sehingga tahap maksimum kerana ia hadir dengan teknologi audio Dolby-Atmos.

Malah, dengan bateri 4,000mAh, anda juga boleh memberikan sepenuh tumpuan kepada hiburan kegemaran dan keselamatan dokumen dalam peranti pula dijamin selamat dengan sistem pengimbas cap jari.

Nikmati muzik, filem sehingga 2 hari

Jangka hayat bateri sentiasa menjadi keutamaan pengguna telefon pintar. Itulah alasan mengapa Lenovo K6 Power hadir dengan dengan bateri 4,000 mAh, untuk memberi anda kelebihan menikmati muzik dan filem pilihan pada pembesar suara Dolby Atmos tanpa bimbang sehingga dua hari.

Bernilai hanya RM799, anda boleh memilih untuk memiliki K6 Power dengan 2GB RAM dan storan 16GB atau RAM 3GB bersama 32GB storan dalaman.

Lebih kecil dan ringan berbanding K6 Note, peranti ini datang dengan skrin lima inci pada paparan IPS LCD dengan resolusi skrin hingga 1080 x 1920.

INFO

A6600 PLUS

• Harga: RM479

• Pemprosesan: 64-bit MediaTek MT6735p quad-core 1.0 GHz

• OS: Android 6.0 Marshmallow

• RAM: 2GB

• Storan: 16GB

• Skrin: 5” HD

• Paparan: IPS 170 darjah

• Resolusi: 1280 x 720

• Kamera: 8 MP auto fokus, 2 MP fokus tetap (depan)

• Kad sim: Dwi kad sim

• Berat: 142 g

• Bateri: 2,300 mAh

• Warna: Hitam, putih dan kelabu

K6 NOTE

• Harga: RM999

• Pemprosesan: Octa-core 1.4 GHz Cortex-A53

• OS: Android 6.0 Marshmallow

• RAM: 4GB

• Storan: 32GB

• Skrin: 5.5”

• Paparan: IPS LCD

• Resolusi: 1080 x 1920

• Kamera: 16 MP auto fokus, 8 MP (depan)

• Berat: 169 g

• Bateri: 4,000 mAh

K6 POWER

• Harga: RM799

• Pemprosesan: Octa-core 1.4 GHz Cortex-A53

• OS: Android 6.0 Marshmallow

• RAM: 2GB/ 3GB

• Storan: 16 GB/ 32GB

• Skrin: 5”

• Paparan: IPS LCD

• Resolusi: 1080 x 1920

• Kamera: 13 MP, 8 MP (depan)

• Berat: 145 g

• Bateri: 4,000 mAh

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Disember 2016 @ 11:44 AM