DUA beranak sedondon.
DUA beranak sedondon.
Intan Mas Ayu Shahimi


LINCAH si kecil bergaya sepanjang penggambaran dibuat. Sesekali melompat riang, mencuba pelbagai gaya berbeza dan akhirnya tersenyum di depan lensa kamera. Ternyata busana lebaran untuk si cilik ini cukup selesa.

Mengetengahkan rekaan moden, ringkas dan sopan, semua koleksi keluaran Bondamilk kali ini tersedia untuk pasangan ibu-anak yang mahu bergaya sedondon sepanjang lebaran nanti.

GAYA si cilik pada pagi lebaran.
GAYA si cilik pada pagi lebaran.

Uniknya, koleksi busana untuk ibu direka khusus dengan inovasi selak dan suap. Ciri istimewa ini bukan saja memudahkan penyusuan bayi, tetapi membuatkan ibu selesa biarpun terpaksa melayan kerenah si manja di khalayak umum.

Membelek satu persatu koleksi busana si cilik, terdapat empat rekaan berbeza untuk bayi perempuan seawal usia lahir hinggalah kanak-kanak berumur lapan tahun.

Semua busana dihasilkan daripada fabrik jenis krep como. Ia pilihan paling sesuai untuk kanak-kanak yang suka bergerak aktif kerana fabriknya lembut dan kurang berkedut.

Menjelaskan kelebihan setiap rekaan, pengasas jenamanya, Hajar Syafiqah Hadzir berkata, koleksi Mina direka dengan potongan belah di bahagian depan dan ditambah lapisan kain warna berbeza.

“Koleksi Arafah direka dengan silang di bahagian depan untuk memberi kelainan kepada gaya si comel di pagi lebaran; Mecca pula ditambah ropol di bahagian depan berserta perincian manik. Kemilau hiasan ini pasti menonjolkan lagi gaya pemakai.

“Melengkapkan pilihan busana raya, kita juga ada koleksi Medina yang ditambah perhiasan ‘charms’. Rekaan baju untuk koleksi ini tampak lebih elegan, sesuai untuk mereka yang sukakan sentuhan mewah,” katanya.

AKSI buat si kecil berusia dua tahun ke bawah.
AKSI buat si kecil berusia dua tahun ke bawah.

Jelas Hajar, bagi menyesuaikan gaya dan memberi lebih keselesaan buat si manja, rekaan busana bayi (sehingga dua tahun) diubah sedikit menjadi maksi. Manakala busana untuk kanak-kanak pula kekal bersama kain.

“Paling penting, busana kanak-kanak yang kami tawarkan tidak terhad untuk dipakai pada hari raya saja. Ada yang boleh dijadikan sebagai gaun atau dipadankan dengan seluar untuk gaya kasual,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mei 2019 @ 5:30 AM