SENAMAN ringkas dapat kurangkan perut buncit. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
SENAMAN ringkas dapat kurangkan perut buncit. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
Yusliza Yakimir Abd Talib


MESKIPUN bertubuh kurus, tidak semestinya anda dikurniakan perut leper, kempis dan ramping, malah ramai wanita terutama yang memasuki usia 40-an sering berdepan masalah perut buncit.

Perut buncit boleh terjadi kepada ramai wanita tanpa mengira saiz tubuh kerana timbunan lemak di bahagian itu selain disebabkan beberapa faktor termasuk kelahiran anak.

Lemak di bahagian perut terdiri daripada dua jenis iaitu lemak subkutaneus dan viseral. Lemak berlebihan di bawah jaringan kulit di bahagian perut atau disebut lemak subkutaneus dapat dicubit dan dilihat.

Lemak viseral pula yang berada di sekitar organ dalam tubuh tidak dapat dilihat. Lemak viseral sering dikaitkan dengan obesiti, malah sangat berbahaya kerana boleh meningkatkan risiko penyakit lain selain sukar dihilangkan.

Jurulatih kecergasan, Adza Tuty berkata, perut buncit dipengaruhi banyak faktor antaranya keturunan yang menjadi punca masalah kegemukan dan timbunan lemak.

Selain itu, kata­nya, faktor hormon iaitu estrogen yang terdapat di dalam tubuh wanita semakin berkurangan apabila memasuki usia 30-an, sekali gus memudahkan timbunan lemak berkumpul di sekitar perut, paha, pinggang dan punggung.

Seperti obesiti, perut buncit juga disebabkan pengambilan makanan yang melebihi tenaga diperlukan untuk setiap hari.

“Apabila makan terlalu banyak dan kurang melakukan aktiviti fizikal, anda akan mengalami pengumpulan lemak pada tubuh, termasuk di perut.

“Sejarah obesiti keluarga, merokok dan stres yang tinggi juga mempengaruhi terjadinya perut buncit. Usia tua dan ketidakseimbangan hormon pada wanita menopaus juga menyebabkan mudah berlaku perut buncit.

“Selain itu, bentuk tubuh seperti epal cenderung menyimpan lemak di sekitar perut dibandingkan bentuk tubuh seperti pir,” katanya.

Menurutnya, lemak pada perut buncit juga dapat menyebabkan tekanan darah tinggi, strok dan serangan jantung kerana ia boleh memicu perubahan hormon yang mengawal penyempitan pembuluh darah atau disebut angiotensin.

Selain boleh menyebabkan banyak penyakit berbahaya, perut buncit mengganggu penampilan seseorang dan menyebabkan mereka kurang keyakinan diri.

Bagaimanapun, kata­nya, bukan perkara mudah untuk mengecilkan perut buncit. Selain melakukan senaman, cara kempiskan perut adalah dengan mengamalkan diet seimbang.

Adza menunjukkan beberapa senaman ringkas untuk mengurangkan perut buncit.

Sentuhan hujung kaki

1. BARING di lantai dan lunjurkan tangan dan kaki secara menegak. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
1. BARING di lantai dan lunjurkan tangan dan kaki secara menegak. FOTO Nurul Syazana Rose Razman

2. TOLAK bahu ke atas hingga tangan menyentuh hujung kaki hingga terasa regangan di bahagian abdomen. Tahan selama 10 saat dan ulangi langkah. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
2. TOLAK bahu ke atas hingga tangan menyentuh hujung kaki hingga terasa regangan di bahagian abdomen. Tahan selama 10 saat dan ulangi langkah. FOTO Nurul Syazana Rose Razman

Sisi ke sisi sentuhan tumit

1. BARING dan kaki dibengkokkan seperti bentuk V dengan tangan di sisi. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
1. BARING dan kaki dibengkokkan seperti bentuk V dengan tangan di sisi. FOTO Nurul Syazana Rose Razman

2. SENTUH tumit sisi ke sisi. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
2. SENTUH tumit sisi ke sisi. FOTO Nurul Syazana Rose Razman

Crunch basikal berganti

1. LETAKKAN tapak tangan di belakang telinga. Angkat badan dengan menolak kepala ke depan. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
1. LETAKKAN tapak tangan di belakang telinga. Angkat badan dengan menolak kepala ke depan. FOTO Nurul Syazana Rose Razman

2. KAKI kiri ditolak ke atas dan bawa siku bertentangan menyentuh lutut yang diangkat. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
2. KAKI kiri ditolak ke atas dan bawa siku bertentangan menyentuh lutut yang diangkat. FOTO Nurul Syazana Rose Razman

3. TANPA menyentuh lantai, kaki kiri dilurus manakala sebelah kaki ditolak ke atas serentak dengan siku kiri menyentuh lutut. Ulangi langkah secara berselang-seli.FOTO Nurul Syazana Rose Razman
3. TANPA menyentuh lantai, kaki kiri dilurus manakala sebelah kaki ditolak ke atas serentak dengan siku kiri menyentuh lutut. Ulangi langkah secara berselang-seli.FOTO Nurul Syazana Rose Razman

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Februari 2019 @ 10:58 AM