LANGKAH solekan bangkit keremajaan. FOTO/EMEL
LANGKAH solekan bangkit keremajaan. FOTO/EMEL
Yusliza Yakimir Abd Talib

MENERIMA jemputan majlis makan malam ada kalanya memeningkan buat sesetengah wanita. Mana tidaknya, banyak perkara perlu dititikberatkan seperti pemilihan pakaian sesuai mahupun solekan.

Jika tidak kena cara dan gaya tentu saja penampilan kita akan menjadi bahan bualan yang menjengkelkan. Maka amat penting jika kita tahu sedikit sebanyak mengenai solekan yang sesuai digayakan untuk menghadiri majlis makan malam.

WAJAH sebelum disolek.
WAJAH sebelum disolek.

 SELEPAS menyapu alas bedak, lakukan teknik bayangan di bahagian hidung dan tulang pipi.
SELEPAS menyapu alas bedak, lakukan teknik bayangan di bahagian hidung dan tulang pipi.

Banyak wanita bersolek sesuka hati tanpa teknik yang betul dan hasilnya tidak memuaskan atau menampakkan wajah lebih kusam. Sebenarnya, jika kena dengan teknik solekan wanita akan tampil anggun dan bergaya.

Sehubungan itu, seseorang wanita perlu mengetahui teknik mengaplikasikan alat solek ke muka mengikut tema yang bersesuaian dengan majlis atau tempat yang ingin dihadiri.

 BENTUKKAN dan kemaskan kening dengan pensel kening.
BENTUKKAN dan kemaskan kening dengan pensel kening.

 SAPUKAN celak mata di bahagian dalam dan luar alis kelopak mata.
SAPUKAN celak mata di bahagian dalam dan luar alis kelopak mata.

Jurusolek Butik Ratu Ayu, Norizan Mustapha berkata, menyolek wajah dengan teknik betul dan pemilihan bahan solekan yang sesuai boleh membantu membangkitkan keremajaan wajah dan paling utama menutup kekurangan pada wajah.

Selain itu katanya, jenis solekan perlu disesuaikan bagi setiap majlis atau tempat yang ingin dihadiri agar tidak kelihatan janggal atau tenggelam kerana solekan yang tidak sesuai atau tidak kena.

“Bagi solekan untuk menghadiri majlis pada waktu malam, elakkan warna tanah atau warna semula jadi kerana cahaya yang lebih malap tidak menyerlahkan solekan. Sebaik-baiknya gunakan warna lebih cerah untuk menampakkan wajah lebih berseri,” katanya.

Norizan berkata, selepas membersihkan wajah, solekan dimulakan dengan menyapu alas bedak primer pada seluruh wajah.

 LEKATKAN bulu mata palsu untuk menyerlahkan penampilan.
LEKATKAN bulu mata palsu untuk menyerlahkan penampilan.

PEMERAH pipi warna lebih terang untuk sebelah malam.
PEMERAH pipi warna lebih terang untuk sebelah malam.

Selepas itu, alas bedak biasa diratakan pada seluruh wajah mengikut kesesuaian warna kulit. Alas bedak berfungsi untuk menutup cela atau parut kecil pada wajah, tetapi jika terlalu tebal akan membuatkan solekan kelihatan seperti topeng. Cara terbaik sapukan alas bedak secara tipis dan diratakan sebelum menggunakan bedak tabur.

Selepas itu, gunakan pensel mata atau berus kening dan bentukkan kening mengikut kesesuaian bentuk wajah. Untuk kelihatan muda dan lebih lembut, pastikan warna pensel mata tidak terlalu gelap. Warna coklat gelap pilihan terbaik.

Bagi solekan waktu malam, warna pembayang mata yang digunakan lebih cerah dan terang supaya dapat menyerlahkan lagi wajah seseorang itu.

 OLES gincu merah jambu atau kontra dengan warna pakaian.
OLES gincu merah jambu atau kontra dengan warna pakaian.

Pembayang mata dengan warna terang ini dapat menyerlahkan seri wajah dengan rona gelap malam hari selain mengambil kira kesan gemerlapan cahaya lampu pada majlis yang biasanya diadakan di hotel.

Kemaskan bahagian bulu mata menggunakan maskara. Gunakan celak mata di bahagian dalam dan luar alis kelopak mata.

Untuk solekan malam, pemerah pipi perlu lebih terang berbanding siang.

Untuk bahagian bibir, bentukkan bahagian luar bibir dengan pensel bibir sebelum mengoles gincu mengikut kesesuaian busana. Biasanya warna gincu kontra dengan pakaian dan untuk solekan malam elakkan warna semula jadi atau warna tanah.

Untuk sentuhan terakhir, gunakan penyerlah di bahagian zon T wajah untuk menyerlahkan solekan namun sapuan haruslah tipis saja. Norizan menunjukkan langkah solekan untuk majlis makan malam bertema glamor.

PENAMPILAN ringkas tapi menawan pada majlis makan malam glamor.
PENAMPILAN ringkas tapi menawan pada majlis makan malam glamor.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Oktober 2018 @ 4:01 AM