TAWAR potongan baju kurung moden dengan diberikan nafas segar.
TAWAR potongan baju kurung moden dengan diberikan nafas segar.
TAWAR potongan baju kurung moden dengan diberikan nafas segar.
TAWAR potongan baju kurung moden dengan diberikan nafas segar.
Siti Zarinah Sahib

Penampilannya sentiasa mendapat perhatian rakan. Ada memuji pemilihan rekaan yang memperlihatkan tubuh lebih langsing, warna memikat dan perincian kena pada tubuh. Lama-kelamaan pertanyaan demi pertanyaan, nasihat dan juga panduan mengenai fesyen yang disampaikan kepada individu terhampir menyebabkan Dyana Jasni mula memikirkan untuk menghasilkan jenama sendiri.

“Saya bermula dengan butik pengantin yang menyediakan kelengkapan pakaian, pelamin serta dandanan dengan nama jasamoureconcept di Melaka. Namun perniagaan ini hanya terbatas kepada bakal mempelai sedangkan ramai meminta pandangan mengenai pemilihan busana.

“Memandangkan ingin mengembangkan perniagaan, saya mula memikirkan untuk melancarkan koleksi busana Aidilfitri disebabkan ramai pelanggan bertanyakan mengenainya. Sekurang-kurangnya saya dapat membantu mereka tampil lebih yakin dan menyerlah menerusi busana yang dihasilkan,” katanya memulakan cerita.

Berbekalkan pengalaman menghasilkan rekaan baju pengantin, Dyana menggunakan konsep yang sama namun menukar kepada gaya minimalis moden dan lebih eksklusif yang menjadikan pemakai tampak lebih yakin dan bergaya pada hari raya,” katanya.

Memperkenalkan lapan warna pilihan dengan empat rekaan baju, potongan baju kurung moden dengan nafas segar diberikan. Bagi memberikan kelainan setiap helaian ditambah perincian manik pada bahagian tertentu seperti lengan, dada dan bawah baju. Ia sesuai sebagai memenuhi tema lebaran tahun ini.

“Saya sangat berhati-hati dalam setiap rekaan kerana tidak mahu tersasar daripada konsep sederhana namun menyerlah. Oleh kerana kebanyakan pelanggan berjiwa muda, potongan sederhana memberikan impak lebih menawan dan sesuai digayakan ke mana sahaja,” katanya.

Setiap rekaan menggunakan fabrik conserto Korea, yang lebih lembut, sejuk dan beralun cantik apabila dipakai. Ia juga sesuai untuk semua peringkat usia. Menjadikan medium media sosial sebagai tapak jualan Dyana turut membuka ruang niaga di bazar Klebang, Melaka.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Jun 2018 @ 4:05 AM