PEMBERIAN susu penting untuk perkembangan mental dan fizikal mengikut usia mereka.
PEMBERIAN susu penting untuk perkembangan mental dan fizikal mengikut usia mereka.
Yusliza Yakimir Abd Talib

Kebanyakan kanak-kanak berusia antara tiga hingga enam tahun mula menyertai prasekolah dan kehidupan pada tahun terawal ini umpama pengembaraan menyeronokkan buat mereka.

Ia adalah waktu perkembangan pesat bagi mental, fizikal, sosial dan emosi anak anda, malah kemahiran yang mereka pelajari pada tahap ini membentuk asas bagi pembelajaran seumur hidup.

Justeru, nutrisi memainkan peranan penting dalam perkembangan pertumbuhan fizikal dan mental mereka. Diet seimbang dan berkhasiat yang membekalkan segala nutrien penting dan diperlukan akan membantu menyokong perkembangan kanak-kanak.

PERKEMBANGAN MENTAL

Walaupun pembelajaran pada peringkat ini membabitkan banyak aktiviti bermain, namun penggunaan otak yang hebat turut berlaku ketika anak anda belajar mengenal abjad dan huruf.

Ada beberapa nutrien yang dikaji secara intensif dan dipercayai amat bermanfaat pada peringkat ini. Banyak penyelidikan yang mengaitkan asid dokosaheksaenoik (DHA) sebagai nutrisi penting untuk perkembangan otak kanak-kanak.

Sejenis asid lemak yang didapati di otak dan mata, DHA dikenal pasti oleh pakar bermanfaat untuk perkembangan otak kanak-kanak.

Malangnya, ramai kanak-kanak tidak mendapat bekalan asid lemak yang mencukupi daripada pemakanan harian. Mereka mungkin jarang makan makanan laut dan hati yang kaya dengan DHA.

Satu lagi nutrien penting iaitu lutein, pigmen makular banyak terdapat di retina mata yang berupaya menapis cahaya biru dan seterusnya melindungi mata.

Di Malaysia, kanak-kanak seawal usia dua tahun didapati menghabiskan enam jam sehari menatap skrin komputer, telefon pintar atau tablet. Pendedahan terhadap skrin dalam tempoh lama menyebabkan kanak-kanak terdedah pada cahaya biru yang dipancarkan oleh skrin yang boleh mendatangkan mudarat.

Daya penglihatan dikatakan menyumbang 80 peratus dalam proses pembelajaran. Oleh itu, mengambil lutein yang mencukupi mungkin dapat membantu.

Bagaimanapun, lutein didapati terutama daripada buah-buahan dan sayur-sayuran, malangnya tidak ramai kanak-kanak yang suka makan buah-buahan dan sayuran-sayuran.

PERKEMBANGAN FIZIKAL

Ketika prasekolah, kanak-kanak biasanya belajar melalui bermain. Di prasekolah, banyak aktiviti fizikal dalam rutin harian bagi menggalakkan perkembangan kemahiran motor.

Daripada bergayut di palang sehingga ke mengukir, aktiviti seumpama ini membantu mengembangkan kemahiran motor dan perkembangan fizikal anak anda.

Justeru, beberapa nutrien yang berperanan penting ketika peringkat ini seperti kalsium membantu membina tulang dan gigi yang kuat manakala vitamin D diperlukan bagi membantu tubuh menyerap kalsium dan fosforus.

Selain itu, amat penting bagi seorang kanak-kanak mengambil zat besi secukupnya kerana ia berfungsi sebagai komponen sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan.

Satu lagi mikronutrien iaitu zink juga berperanan penting dalam proses pertumbuhan kanak-kanak.

ADAKAH ANAK ANDA MENDAPAT NUTRIEN MENCUKUPI?

Anda menyediakan pelbagai hidangan untuk keluarga terutama yang digemari si kecil. Namun, adakah anak anda mendapat bekalan nutrien yang mencukupi kerana amat sukar untuk memujuk si kecil menikmati buah-buahan dan sayur-sayuran.

Ketika anak membesar, banyak keluarga cenderung makan di luar. Anak anda juga mungkin makan di prasekolah setiap hari.

Ketika makan di luar, ibu bapa pasti sukar memantau pengambilan nutrien anak. Sesetengah kanak-kanak mungkin tidak menyukai dan mengelak mengambil makanan daripada kumpulan makanan tertentu yang mengandungi nutrien penting yang diperlukan.

Kajian mengenai pengambilan makanan kanak-kanak yang beralih ke diet orang dewasa yang diubah suai menunjukkan pengambilan nutrien penting seperti zink dan besi di bawah paras disyorkan walaupun pengambilan tenaga meningkat.

Pada peringkat ini, pemberian susu diformulasi khusus seperti pelbagai susu Wyeth yang mengandungi nutrien penting untuk perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak dapat membantu memenuhi keperluan mengikut usia mereka.

Pemberian susu diformulasikan keluaran Wyeth dirumus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun kerana ia dapat membantu anak anda mendapat nutrien yang diperlukan di dalam kuantiti mencukupi bagi mengoptimumkan pertumbuhan mereka.

Untuk melengkapi keperluan ini, berikan anak anda susu S-26Æ PromiseÆ dari Wyeth, iaitu susu tepung rumusan untuk kanak-kanak berusia tiga hingga tujuh tahun. S-26Æ PromiseÆ Wyeth ini dirumus secara saintifik dengan gabungan nutrien penting dan nutrien tambahan untuk menyokong perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak prasekolah termasuk:

- Mengandungi AA dan DHA yang seimbang. AA & DHA banyak terdapat di dalam otak dan mata.

- Ditambah dengan Lutein. Lutein adalah sejenis pigmen makular yang terdapat dalam retina dan berfungsi melindungi mata si manja anda dengan menapis sinaran biru.

- Tinggi kalsium dan vitamin D. Kalsium penting untuk membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat. Vitamin D diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.

- Diperkaya dengan zat besi dan tinggi dengan zink. Zat besi adalah komponen hemoglobin dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh bahagian badan. Zink adalah penting untuk tumbesaran.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 September 2017 @ 10:04 AM