INDRA menunjukkan cara menyediakan makanan dengan betul kepada ahli kelab.
INDRA menunjukkan cara menyediakan makanan dengan betul kepada ahli kelab.
DARI kiri Dr Azam, Tan Hien Boon, Rene Wipperich dan Indra melancarkan susu tumbesaran S-26 Gold.
DARI kiri Dr Azam, Tan Hien Boon, Rene Wipperich dan Indra melancarkan susu tumbesaran S-26 Gold.
Oleh Siti Zarinah Sahib

Apakah dimaksudkan dengan kepintaran berganda dan mengapa setiap kanak-kanak mempunyai keupayaan berbeza dari segi meluahkan daya pemikiran mereka. Apakah faktor mempengaruhinya?

Kepintaran bukan setakat mempunyai kepandaian menggunakan akal, tetapi definisinya diperluaskan kepada kecerdasan badan, yang ditandai oleh keaktifan anggota badan melakukan sesuatu, kepintaran otak termasuk daya pemikiran dalam pelajaran serta kepintaran peribadi iaitu perlakuan positif yang ditunjukkan ketika berhadapan orang ramai.

Tiga ciri inilah yang sangat diperlukan oleh seorang kanak-kanak iaitu cergas dan sihat pada masa yang sama mempunyai daya pemikiran yang tinggi untuk menguasai pelajaran serta berkelakuan baik.

Ini dipersetujui Pakar Kardiologi Pediatrik, Dr Azam Mohd Noor yang menegaskan ibu bapa perlu mencari kekuatan anak mereka dan menggunakan kebolehan ini untuk memupuk minat dalam sesuatu bidang. Ini sangat penting kerana setiap anak mempunyai minat dan kebo­lehan berbeza yang ditunjukkan sejak kecil.

“Misalnya ada anak menunjukkan minat yang tinggi dalam tarian, muzik, sukan dan pelajaran. Kebolehan ini harus disokong dan dikembangkan agar mereka lebih bersemangat untuk mencapai kejayaan,” katanya yang hadir dalam forum pendidikan anjuran Wyeth Nutrition.

Bermain juga salah satu cara meningkatkan daya tumpuan sekali gus menjadikan badan lebih sihat. Tambahnya lagi untuk mencapai keupayaan kognitif dan mental, pertumbuhan otak harus dijaga iaitu dengan menyediakan si kecil makanan berkhasiat yang baik untuk perkembangan otak mereka. Antaranya DHA, lutien dan kolina yang boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.

Untuk itu mengawasi pemakanan anak sangat penting untuk perkembangan mental mereka. Namun Dr Azam menolak pemberian makanan tambahan sebaliknya menggalakkan ibu bapa menambah khasiat dalam penyediaan makanan setiap hari.

“Dalam hal ini ibu bapa perlu kreatif bagi menggalakkan anak makan makanan berkhasiat. Misalnya menggunakan apa yang disukai untuk kebaikan mereka. Jika anak menyukai pasta, jadikan makanan itu mempunyai nilai dan khasiat pemakanan yang tinggi dan lengkap. Mungkin dengan meletakkan sayuran berwarna, sumber protein atau dihidangkan dengan cara paling ceria,” katanya.

Menurut Pakar Pemakanan Indra Balaratnam, adalah sangat penting ibu bapa menyediakan pemakanan sihat untuk si kecil kerana makanan berkhasiat sebenarnya bukan saja menyumbang kepada perkembangan fizikal, tetapi pemikiran mereka.

Namun ramai ibu mengadu anak tidak mahu makan terutama jika diberikan sayur-sayuran. Dalam hal ini kunci kepada makanan sihat adalah nutrisi yang terdapat di dalamnya.

“Ia bukan disebabkan makanan disediakan tidak sedap, tetapi kemahiran ibu masih belum cukup bagi menarik minat anak makan. Ia berkaitan dengan cara menyediakan makanan. Misalnya dengan memberi warna pada makanan contohnya pelbagai buah-buahan dan sayuran-sayuran yang boleh ditambah bagi menjadikan makanan nampak sedap untuk dimakan,” katanya.

Pada majlis yang sama ahli Kelab S-Mama Wyeth Nutrition dibawa menyertai bengkel pemakanan bersama Indra yang menunjukkan kaedah kreatif menyediakan makanan agar anak mendapat zat seimbang setiap hari.

Majlis anjuran Wyeth Nutrition yang juga perintis dalam sains pemakanan turut melancarkan Susu Tumbesaran S-26 Gold, dengan tambahan DHA, lutein dan kolina khusus bagi menyokong pertumbuhan dan pembangunan fizikal dan mental kanak-kanak.

Direka khas mengandungi zat penting ini susu S-26 Gold Progress dan S-26 Gold Promise dirumus dengan sistem Biofaktor yang mengandungi DHA, AA Lutien, oligofruktos, kalsium dan protein untuk pertumbuhan mental dan fizikal si comel.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2015 @ 10:58 AM