LEE (kiri) bersama (dari kiri) Vanderhoof, Tops dan Rohaya pada majlis pelancaran.
LEE (kiri) bersama (dari kiri) Vanderhoof, Tops dan Rohaya pada majlis pelancaran.
Faizatul Farlin Farush Khan


Asid dokosaheksanoik (DHA) ialah asid lemak omega-3 yang menjadi struktur komponen utama otak manusia.

Ia didapati dalam jumlah besar dalam otak dan berperanan sebagai blok membina yang penting bagi perkembangan otak dan mata.

Kajian menunjukkan ia mempengaruhi aktiviti otak dan membantu proses pembelajaran. Kira-kira 90 peratus perkembangan otak kanak-kanak berlaku pada lima tahun pertama usianya.

Oleh itu, DHA ialah sebahagian nutrien penting dalam diet harian kanak-kanak untuk membantu pertumbuhan dan menyokong aktiviti pembelajaran mereka.

Badan pakar termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan pengambilan DHA setiap hari bukan saja untuk memastikan perkembangan otak yang optimum tetapi juga kesihatan secara keseluruhan.

Selain DHA, nutrien lain seperti polidekstros (PDX) dan galaktuligosakarids (GOS) juga penting kerana kombinasinya membantu memberi manfaat kepada kesihatan usus.

Pada masa sama, nutrien dibekalkan oleh beta-glukan yis, boleh membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh semula jadi. Beta-glukan yis ialah sejenis karbohidrat dan ia diekstrak daripada yis roti.

Semua nutrien penting itu membantu memelihara kesihatan kanak-kanak. Apabila mereka sihat, lebih mudah untuk mereka belajar dan berkembang sebagai kanak-kanak yang bijak.

Menurut kajian klinikal yang diterbitkan dalam jurnal Akademi Pediatrik Amerika (2014), formula susu kanak-kanak yang ditambah dengan DHA, PDX, GOS dan beta-glukan yis, boleh meningkatkan pertahanan semula jadi tubuh kanak-kanak.

Hasil kajian itu amat penting bagi perkembangan kognitif, kesihatan, fizikal serta perkembangan sosial secara menyeluruh seorang kanak-kanak.

Menurut Profesor Emeritus Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Nebraska, Dr Jon Vanderhoof, ketika membentangkan keputusan kajian, kanak-kanak yang diberi susu yang mengandungi nutrisi penting itu, kurang mengalami insiden jangkitan respiratori akut (ARI) dan tempoh jangkitan respiratori akut (ARI) lebih pendek serta pengurangan penggunaan antibiotik dalam kalangan kanak-kanak.

Itu menunjukkan pengambilan diet kanak-kanak dengan kombinasi ramuan terbabit dapat meningkatkan pertahanan badan kanak-kanak.

“Ini secara tidak langsung membantu melancarkan proses pembelajaran dan kanak-kanak akan mendapat banyak manfaat setiap hari,” katanya.

Kajian percubaan secara rawak dan terkawal dijalankan ke atas kanak-kanak dalam lingkungan tiga hingga empat empat tahun bagi tempoh 28 minggu. Kanak-kanak itu diberikan susu yang diperkaya dengan DHA, PDX+ GOS dan beta-glukan yis atau minuman susu lembu tanpa fortifikasi sebanyak tiga sajian sehari.

Keputusan kajian turut melaporkan, 24 peratus kanak-kanak kurang mengalami insiden ARI, jangka masa lebih pendek jika mengalami ARI (19 peratus), pengurangan penggunaan antibiotik dalam kalangan kanak-kanak (64 peratus) dan penurunan ketidakhadiran di pusat jagaan (38 peratus).

Sementara itu, Pengarah Hal Ehwal Seliaan & Sains Nutrisi Mead Johnson Nutrition Asia Pasifik, Annemieke Tops, berkata pemberian awal nutrisi kepada kanak-kanak memberikan kelebihan pada pembelajaran mereka.

“Ini kerana perkembangan otak serta sistem imun yang kuat membina landasan kukuh bagi perkembangan menyeluruh kanak-kanak,” katanya pada pengumuman inovasi terbaru formula susu membesar kanak-kanak, Enfagrow A+, oleh Mead Johnson Malaysia baru-baru ini.

Turut hadir, Pengarah Jualan Perubatan Mead Johnson Nutrition Malaysia dan Brunei, Alfred Lee serta Pengarah Hal Ehwal Korporat/Peraturan Mead Johnson Nutrition Malaysia, Singapura dan Brunei, Rohaya Mamat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2016 @ 6:21 AM