KEADAAN cuaca di Yakutsk. FOTO Reuters
KEADAAN cuaca di Yakutsk. FOTO Reuters
PENJUAL Yegor Dyachkovsky menunjukkan ikan yang tidak memerlukan peti sejuk berikutan cuaca sejuk melampau. FOTO Reuters
PENJUAL Yegor Dyachkovsky menunjukkan ikan yang tidak memerlukan peti sejuk berikutan cuaca sejuk melampau. FOTO Reuters
Reuters

Yakutsk, Russia: Suhu menjunam sehingga -50 darjah Celsius (-58 Fahrenheit) minggu ini di Yakutsk dalam cuaca sejuk yang luar biasa di Siberia yang dikenali sebagai bandar paling sejuk di dunia.

Terletak 5,000 km (3,100 batu) timur Moscow di kawasan permafrost di Timur Jauh Rusia, penduduk bandar perlombongan sering melihat termometer jatuh jauh di bawah -40.

"Anda tidak boleh melawannya. Anda sama ada menyesuaikan diri dan berpakaian dengan sewajarnya atau anda menderita," kata Anastasia Gruzdeva, yang turut memakai pakaian tebal bersama dua selendang dan mengenakan dua sarung tangan.

"Anda tidak benar-benar merasakan sejuk di bandar. Atau mungkin hanya otak yang menyediakan anda untuk itu, dan memberitahu semuanya normal," tambahnya di bandar yang diselubungi kabus berais.

Seorang lagi penduduk, Nurgusun Starostina, yang menjual ikan sejuk beku di pasar tanpa memerlukan peti sejuk.

Menurutnya tiada rahsia khusus untuk menangani kesejukan.

"Hanya berpakaian hangat," katanya. "Berlapis-lapis, seperti kubis!"

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2023 @ 11:32 AM