NYURGUSUN Starostina, 47, salah seorang peniaga di pasar terbuka di Yakutsk, Rusia. FOTO Reuters
NYURGUSUN Starostina, 47, salah seorang peniaga di pasar terbuka di Yakutsk, Rusia. FOTO Reuters
Reuters

Yakutsk, Rusia: Cuaca sejuk luar biasa menyelubungi Rusia pada Selasa, dengan suhu di hutan belantara Siberia menjunam kepada -58 darjah Celsius.

Yakutsk, salah satu bandar paling sejuk di dunia yang terletak kira-kira 5,000 kilometer di timur Moscow, diselubungi awan dan kabus dan ia dapat dilihat menerusi rakaman dron.

"Saya datang ke Yakutsk untuk mengalami cuaca sebegitu, jadi saya bernasib baik kerana pada Disember, biasanya anda tidak akan merasainya.

"Ia sebenarnya tidak begitu dingin... jika saya tidak mendapat pakaian yang sesuai, saya akan beku dalam beberapa minit," kata Danila, yang janggut, topi dan selendangnya dipenuhi ais.

PASAR terbuka di Yakutsk, Rusia. FOTO Reuters
PASAR terbuka di Yakutsk, Rusia. FOTO Reuters

Menurut Danila, suhu yang melampau menyebabkan kotnya membeku, manakala bateri telefon bimbit habis dalam beberapa minit.

Dua pasang sarung tangan dan beberapa lapisan pakaian adalah penting untuk tinggal dalam cuaca sejuk ekstrem ini.

Suhu di bahagian Republik Sakha, wilayah luas yang sedikit lebih kecil daripada India dan terletak di bahagian timur laut Siberia, berada di bawah -55.

Suhu di Oymyakon, sebuah penempatan di Sakha, pula adalah -58 darjah Celsius pada Selasa.

Peramal cuaca berkata, suhu itu akan membuatkan seseorang berasa suhu seperti -63 darjah Celsius memandangkan kelembapan dan angin.

PEJALAN kaki melalui jalan di Yakutsk, Rusia. FOTO Reuters
PEJALAN kaki melalui jalan di Yakutsk, Rusia. FOTO Reuters

Sementara itu, ikan di pasar Yakutsk dijual dalam keadaan beku, dibungkus dalam puluhan kotak di pasar.

Tiada peti sejuk diperlukan.

"Sejuk," kata seorang penduduk, Pyotr.

Menurut Pyotr, seseorang perlu mempunyai pakaian berkualiti untuk bertahan dengan suhu sejuk itu.

"Perkara utama adalah terus bergerak supaya darah anda berjalan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Disember 2023 @ 11:48 AM