ORANG ramai berjalan-jalan di Jalan Oxford, London. FOTO EPA
ORANG ramai berjalan-jalan di Jalan Oxford, London. FOTO EPA
AFP

Stockholm: Omicron kini, menjadi varian Covid-19 dominan di yang menular di Kesatuan Eropah dan Kawasan Ekonomi Eropah (EAA).

Perkara itu disahkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah (ECDC)yang berpangkalan di Stockholm dalam kemas kini mingguannya mengenai ancaman penyakit berjangkit terbabit.

"Kategori penularan Omicron di EU dan EEA berubah daripada komuniti kepada dominan," katanya semalam.

Katanya, Omicron yang pertama kali ditemui di Afrika Selatan, kini dominan di majoriti negara EU dan EEA.

EEA merangkumi Iceland, Liechtenstein dan Norway.

Menurut data AFP, Covid-19 kini melonjak di seluruh Eropah, dengan kes meningkat sebanyak sembilan peratus di rantau itu pada minggu lalu.

Minggu lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, Omicron boleh menjangkiti separuh daripada semua penduduk di rantau ini menjelang Mac.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 January 2022 @ 10:21 AM