BOMBA memadam kebakaran di Pumarejo de Tera berhampiran Zamora, utara Sepanyol, pada 18 Jun. Cuaca panas menyebabkan gelombang haba dan banjir yang membunuh 195,000 orang di Eropah sejak 1980. FOTO fail AFP
BOMBA memadam kebakaran di Pumarejo de Tera berhampiran Zamora, utara Sepanyol, pada 18 Jun. Cuaca panas menyebabkan gelombang haba dan banjir yang membunuh 195,000 orang di Eropah sejak 1980. FOTO fail AFP
AFP

Copenhagen: Cuaca ekstrem di Eropah sudah membunuh hampir 195,000 orang dan menyebabkan kerugian ekonomi lebih 560 bilion euro (kira-kira RM2.79 bilion) sejak 1980, kata Agensi Alam Sekitar Eropah (EAA) pada Rabu.

"Hampir 195,000 kematian berpunca daripada banjir, ribut, gelombang panas dan sejuk, kebakaran hutan dan tanah runtuh antara 1980 dan 2021", kata EAA dalam laporannya.

Menurut data terkini, gelombang haba menyumbang 81 peratus kematian dan 15 peratus kerugian kewangan.

Eropah perlu mengambil langkah untuk melindungi penduduknya yang semakin tua, dengan warga tua sangat sensitif terhadap haba melampau, kata EEA.

Musim panas 2022 menyaksikan lebih banyak kematian daripada biasa di Eropah berikutan gelombang panas yang berulang, tetapi kematian 2022 tidak termasuk dalam data yang diterbitkan pada Rabu lalu.

Pemodelan iklim meramalkan gelombang haba yang lebih lama, lebih sengit dan lebih kerap.

Pada Februari 2022, EAA berkata, cuaca ekstrem membunuh 142,000 orang dan menyebabkan kerugian 510 bilion euro (kira-kira RM2.5 bilion) bagi tempoh 1980-2020.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Jun 2023 @ 8:36 AM