Pengunjung beratur untuk memasuki Depot Mayfield, kelab dengan kapasiti 10,000 orang di Manchester. England menjadi antara negara di UK yang tidak melaksanakan sebarang sekatan pada malam tahun baharu berbanding Wales, Scotland dan Ireland Utara. - FOTO AFP
Pengunjung beratur untuk memasuki Depot Mayfield, kelab dengan kapasiti 10,000 orang di Manchester. England menjadi antara negara di UK yang tidak melaksanakan sebarang sekatan pada malam tahun baharu berbanding Wales, Scotland dan Ireland Utara. - FOTO AFP
Reuters

London: Sekatan baharu di England untuk mengekang penularan Covid-19 hanya akan dilaksanakan sebagai jalan terakhir.

Menteri kesihatan, Sajid Javid berkata, walaupun angka kemasukan ke hospital meningkat, namun angka pesakit di unit rawatan rapi stabil.

Jumaat lalu, kes baharu Covid-19 di United Kingdom (UK) dicatatkan hampir 190,000 dalam tempoh 24 jam.

Ia dikatakan berpunca daripada varian Omicron.

Britain tidak mengenakan sebarang sekatan ke atas England, yang mewakili lebih 80 peratus populasi UK.

Scotland, Wales dan Ireland Utara telah melaksanakan sekatan termasuk mengehadkan jumlah individu ketika berkumpul, penutupan kelab malam serta penjarakan sosial di pub.

"Sekatan ke atas kebebasan hanya akan menjadi jalan terakhir.

"Kita perlu memberi peluang kepada diri kita untuk hidup bersama virus ini dan mengelakkan peraturan ketat pada masa depan," katanya dalam artikel yang ditulis sendiri di Daily Mail.

Pada 27 Disember lalu, Javid berkata, tiada sekatan baharu akan dilaksanakan ke atas England sebelum penghujung 2021 dan langkah sama juga akan diteruskan pada 2022.

Walaupun kehadiran Omicron membimbangkan, namun Britain memulakan tahun baharu dengan lebih kukuh berbanding 12 bulan lalu yang disumbangkan oleh keberkesanan vaksin Covid-19.

"Angka di unit rawatan rapi adalah stabil dan ketika ini kita menyaksikan bahawa ia tidak mengikut trajektori tahun lalu ketika gelombang Alpha," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 January 2022 @ 6:37 PM