GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

London: England menarik semula peraturan susulan penularan varian Omicron, pada Rabu, apabila pemakaian pelitup muka tidak lagi diperlukan di tempat tertutup dan pasport vaksin tidak diperlukan.

Angka positif Covid-19 sudah turun mendadak sejak dua minggu lalu, walaupun masih tinggi.

Namun, jumlah itu mendatar sejak dua minggu lalu.

Kerajaan United Kingdom memperkenalkan 'Pelan B' dalam sekatan bermula 8 Disember lalu selepas Perdana Menteri Boris Johnson memberi amaran gelombang baharu varian Omicron.

Sebelum ini, pelitup muka perlu dipakai di ruang tertutup dan dokumen vaksin juga diperlukan untuk memasuki kelab malam, padang bola dan acara berskala besar.

England sebelum ini sudah menarik semula peraturan berhubung kawalan Covid-19 pada 19 Julai tahun lalu yang digelar sebagai 'Hari Pembebasan', namun ia dilaksanakan semula susulan penularan varian Omicron.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 January 2022 @ 10:03 AM