GAMBAR fail  menunjukkan ahli farmasi Madeline Acquilano memberiksn suntikan vaksin Johnson & Johnson di Hartford Hospital.  FOTO AFP.
GAMBAR fail menunjukkan ahli farmasi Madeline Acquilano memberiksn suntikan vaksin Johnson & Johnson di Hartford Hospital. FOTO AFP.
AFP

Washington: Amerika Syarikat (AS), semalam membenarkan dos tambahan vaksin Covid untuk individu yang mempunyai sistem imun rendah, ketika negara itu berdepan penularan varian Delta.

"Negara sedang memasuki satu lagi gelombang Covid-19, dan FDA menyedari bahawa individu yang mempunyai daya tahan imun rendah terdedah berisiko mendapat jangkitan lebih teruk," kata Pemangku Pesuruhjaya Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA), Janet Woodcock dalam kenyataan.

Menurut FDA, dos tambahan itu hanya untuk penerima pemindahan organ atau mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.

Pihak berkuasa kesihatan AS berdebat mengenai keperluan dos ketiga vaksin Covid-19, berikutan tindakan sama diambil Israel.

Beberapa laporan media AS menunjukkan sejuta rakyat mungkin mengambil dos mengambil dos ketiga secara tidak sah dalam usaha meningkatkan perlindungan menentang Covid-19.

"Individu yang sudah lengkap vaksinasi sudah dilindungi dan tiada keperluan untuk dos tambahan ketika ini," kata Woodcook.

Awal bulan ini, AS menolak rayuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menangguhkan suntikan penggalak bagi membantu mengurangkan jurang ketidaksamaan pengagihan dos antara negara kaya dan miskin.

Lebih 619,000 rakyat maut di AS kerana Covid-19, dan jumlah kes meningkat mendadak bulan kebelakangan ini susulan penularan varian Delta.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Ogos 2021 @ 2:21 PM