FOTO tular menunjukkan burung unta itu berkeliaran di jalan raya. FOTO Agensi
FOTO tular menunjukkan burung unta itu berkeliaran di jalan raya. FOTO Agensi
Agensi

Seoul: Seekor burung unta ditangkap di Seongnam, wilayah Gyeonggi, pada 26 Mac lalu, dipercayai selepas ia lari dari kandangnya kerana kesunyian, menurut pemilik ladang haiwan itu.

Terdahulu, Straits Times melaporkan tular video dan foto burung unta jantan bernama Tadori itu berlari di sekitar jalan raya.

Tadori bersendirian di dalam kandangnya sejak pasangannya, Tasuni, mati pada Februari.

Kedua-duanya itu dipelihara di sebuah ladang di Seongnam sejak Julai 2020, ketika ia berumur kurang daripada setahun.

Sejak kematian pasangannya, Tadori kelihatan sangat tertekan, kata pemilik ladang itu kepada media tempatan.

Tadori lari dari ladang dengan menyusup melalui ruangan sempit antara pagar ladang dan ditangkap pada 10.24 pagi, waktu tempatan, pada 26 Mac,

Ia ditangkap di sebuah bangunan penyimpanan di Sangdaewon-dong di Seongnam, kira-kira sejam selepas dia melarikan diri.

Tadori yang dilaporkan lebam ringan di kakinya akibat lari melalui pagar, dan kini menjalani pemulihan di kandangnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mac 2024 @ 2:31 PM