Reuters

Hong Kong: Empat individu yang didakwa terbabit dalam pembunuhan model dan pempengaruh, Abby Choi, dibawa ke mahkamah di sini, pada pagi Isnin.

Polis Hong Kong pada Ahad berkata, tiga individu yang akan didakwa adalah lelaki, berumur 28 hingga 65 tahun.

Seorang lagi adalah wanita berusia 63 tahun akan didakwa dengan satu pertuduhan menghalang kes itu.

Menurut polis, mereka yang didakwa membunuh Choi termasuk bekas suami Choi, Alex Kwong, 28 dan abangnya Anthony, 31.

Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan kesemua tertuduh untuk diikat jamin.

Mahkamah juga menangguhkan kes itu kepada 8 Mei depan

Mayat Choi ditemukan selepas polis menemui anggota badan mangsa di sebuah rumah kampung di Tai Po, pinggir Hong Kong.

Menurut satu kenyataan, pihak berkuasa turut menemui alat pemotong daging dan gergaji elektrik di tempat kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Februari 2023 @ 2:16 PM