PEMPROTES Palestin melarikan diri selepas tindak balas pasukan keselamatan Israel di Beit El, Tebing Barat susulan demonstrasi penuntut Universiti Birzeit, pada Sabtu. FOTO AFP
PEMPROTES Palestin melarikan diri selepas tindak balas pasukan keselamatan Israel di Beit El, Tebing Barat susulan demonstrasi penuntut Universiti Birzeit, pada Sabtu. FOTO AFP
AFP

Ramallah: Tentera Israel semalam menembak mati seorang lagi remaja Palestin berusia 18 tahun berhampiran Ramallah di Tebing Barat, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Mangsa, Musaab Nafal, meninggal dunia akibat parah ditembak berhampiran perkampungan Sinjil, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Sementara itu, tentera rejim Zionis mendakwa anggotanya melepaskan tembakan sebagai tindak balas kepada laporan mengenai perbuatan membaling ke arah lebuh raya hingga menyebabkan kerosakan kepada beberapa kereta.

"Tentera bertindak balas dengan menembak mati pelaku dan suspek sudah pun dikenal pasti," katanya dalam kenyataan.

Tragedi berdarah itu itu berlaku selepas empat hari rakyat Israel keluar mengundi untuk pilihan raya umum.

Keganasan antara Israel dan Palestin semakin memuncak sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dengan hampir setiap hari serbuan dilakukan di Tebing Barat oleh tentera Israel berikutan peningkatan serangan anti-Israel.

Khamis lalu, tentera Israel membunuh empat rakyat Palestin, termasuk seorang penyerang didakwa berasal dari timur Baitulmaqdis yang dikuasai Israel dan Tebing Barat.

Israel menduduki Tebing Barat sejak 1967. Kira-kira 475,000 penceroboh Yahudi kini tinggal di Tebing Barat dalam komuniti yang dianggap haram oleh kebanyakan masyarakat antarabangsa, bersama kira-kira 2.9 juta rakyat Palestin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 November 2022 @ 11:36 AM