TANGKAP layar daripada video menunjukkan kebakaran berkenaan. FOTO AP
TANGKAP layar daripada video menunjukkan kebakaran berkenaan. FOTO AP
AP

Beijing: Bangunan 42 tingkat di tengah China, milik operator telekomunikasi terbesar negara itu, terbakar pada Jumaat.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

AP melaporkan puluhan tingkat bangunan China Telecom di Changsha, ibu kota wilayah Hunan, terbakar.

Susulan kejadian, 280 anggota bomba dikejarkan ke lokasi bagi memadam kebakaran.

Video menunjukkan sebelah bangunan itu berwarna hitam dengan serpihan jatuh ke tanah.

Video lain pula menunjukkan pekerja keluar dari bangunan berkenaan.

Setakat ini, punca kebakaran masih belum diketahui.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 September 2022 @ 9:52 AM