FOTO fail menunjukkan bangunan yang runtuh di Changsha, wilayah tengah Hunan pada 29 April lalu. FOTO AFP
FOTO fail menunjukkan bangunan yang runtuh di Changsha, wilayah tengah Hunan pada 29 April lalu. FOTO AFP
Reuters

Beijing: China mengeluarkan amaran dan hukuman kepada 62 pegawai susulan kejadian blok perumahan yang runtuh di bandar Changsha di wilayah Hunan yang mengorbankan 54 mangsa pada bulan lalu, kata agensi berita Xinhua pada Ahad.

Beberapa pegawai kanan bandar raya diberi amaran serius, termasuk mejar Changsha, Zheng Jianxin yang dipecat daripada jawatannya, lapor Xinhua.

Sementara itu, beberapa pegawai lain dipindahkan ke pihak berkuasa kehakiman kerana melanggar undang-undang yang serius dan jenayah yang disyaki berkaitan dengan tugas mereka.

Beberapa bekas pegawai Changsha, termasuk Hu Henghua, yang kini menyandang jawatan Datuk Bandar Chongqing dan bekas Datuk Bandar Changsha, turut diberi amaran.

Terdahulu, media tempatan pada bulan ini bahawa melaporkan puluhan individu maut apabila sebuah blok perumahan runtuh di Changsha, ibu kota wilayah selatan pada 29 April lalu.

China menerbitkan laporan penyiasatan mengenai keruntuhan itu dengan mendedahkan kejadian berpunca daripada pembinaan yang menyalahi undang-undang dan tidak teratur, manakala pegawai tempatan gagal menghalang aktiviti bangunan itu dan menghalang risiko tersembunyi.

Laporan rasmi menyebut 54 individu terbunuh, termasuk 44 penuntut kolej, manakala sembilan mangsa lagi cedera, mengakibatkan kerugian ekonomi langsung sebanyak 90.8 juta yuan (kira-kira RM58.7 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Mei 2023 @ 10:51 AM