FOTO HIASAN AFP
FOTO HIASAN AFP
Agensi

Bangkok: Sebahagian besar individu setuju dengan polisi Kementerian Pendidikan untuk memberikan vaksin ke atas pelajar berusia 12 tahun ke atas, bagi membolehkan mereka kembali ke sekolah seperti biasa.

Ia diperoleh hasil kaji selidik pendapat yang dijalankan Suan Dusit Rajabhat University ke atas 1,089 individu yang memiliki anak bersekolah di seluruh negara pada 27 hingga 30 September lalu.

Majoriti atau 75.44 responden bersetuju dengan polisi berkenaan, manakala 24.56 peratus tidak bersetuju.

Ketika ditanya sama ada mereka membenarkan anak-anak diberikan vaksin, majoriti atau 61.43 peratus menjawab "ya", 26.17 peratus memilih untuk menunggu dulu, dan 12.40 peratus menjawab "tidak".

Ditanya mengenai kemungkinan kesan akibat pelalian terhadap kanak-kanak, 46 peratus menjawab kesan baik melebihi kesan buruk, 40.96 peratus menjawab kesan baik sama berat dengan kesan buruk dan 12.30 peratus menjawab kesan buruk melebihi kesan baik.

Berkaitan kebimbangan ibu bapa terhadap polisi vaksin itu di mana responden boleh memilih lebih daripada satu jawapan, 77.59 peratus menyatakan risau mengenai kesan sampingan, 69.42 peratus bimbangkan kesan sampingan jangka panjang, 62.08 peratus tertanya-tanya siapa yang akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kesan luar biasa, 61.89 peratus ragu-ragu mengenai keberkesanan vaksin dan 47.20 peratus risaukan keadaan kesihatan anak-anak sebelum diberikan vaksin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Oktober 2021 @ 7:01 PM