FOTO HIASAN AFP
FOTO HIASAN AFP
Agensi

Bangkok: Thailand merekodkan kes baru terendah dalam tempoh dua bulan dengan 10,288 kes jangkitan dan 101 kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Angka berkenaan adalah lebih rendah berbanding hari sebelumnya yang merekodkan 12,353 kes dan 125 kematian.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, Taweesilp Visanuyothin berkata, angka jangkitan di Bangkok dan wilayah berhampiran mencatatkan penurunan namun, kebimbangan kini tertumpu di wilayah berhampiran sempadan di selatan," katanya.

Terdapat 12 kes import dicatatkan iaitu individu dari Rusia dengan dua kes, Laos (dua), Malaysia (empat) dan Kemboja (empat).

Rekod tertinggi pernah dicatatkan setakat ini adalah sebanyak 23,418 kes pada 13 Ogos lalu dan kematian tertinggi direkodkan pada 18 Ogos lalu dengan 312 kes.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 September 2021 @ 6:16 PM